SELAMATKAN AKIDAH KITA

Allah wujud tidak bertempat


1–Syaikh Abdul Samad Al Palembangi

Syaikh Abdul Samad Al Palembangi (wafat 1206h) dalam kitabnya yang masyur iaitu Hidayah Al Salikin menyebut”Maha Suci Allah Taala daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat yang tertentu pada satu benua dan berpihak pada yang tertentu”

*Rujuk SyaikhAbdul Samad Al Palembangi :Hidayah Al Salikin halaman 17

2–Syaikh Abdul Kadir Al Mandili rahimahullah

Syaikh Abd Al Qadir bin Abd Mutallib Al Mandili ,salah seorang ulama melayu yang terkenal di Mekah dalam kitabnya Syarah Aqidah Thohawiyah yang berjudul ‘ Perisai Bagi Sekelian Mukallaf ‘ menyebut “Akan bahawasanya Allah Taala menjadikan Arasy dan Kursi dan lain keduanya kerana tiada berhajat padanya.

Rujuk Syaikh Abdul Kadir Al MAndili ,Perisai Bagi Sekelian Mukallaf ,HAlaman 90 MAtba`ah Al Anwar ,Mesir

3–Syaikh Daud bin Abdullah Al Fathani rahimahullah

Begitu juga dengan Syaikh Daud bin Abdullah Al Fathani (wafat (1265/1297H)
salah seorang ulama Melayu yang terbilang menyebut dalam kitabnya Al Jawahir Al Saniyah :
“Dan tiada Allah itu pada tempat dan tiada Dia diatas dan tiada Dia dibawah dan tiada Allah di kanan dan tiada di kiri dan tiada pada hadapan dan tiada di belakang kerana adalah sekaliannya melainkan jirim(jisim)

rujuk Syaikh Abdullah Al Fathani :Al Jawahir Al Saniah halaman 6,MAtba`ah Al Nahdi,Thailand

No comments:

Post a Comment