Pondok Beta Hilir

Arkib bagi Kategori ‘Pondok Beta Hilir’

Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir
Tel. 019-9060874
Syarat Kemasukan Pondok Beta Hilir

DIkirim oleh epondok di September 24, 2009

* PELAJAR





a. Lelaki sahaja

b. Berumur 12 tahun ke atas

c. Bayaran pendaftaran sebanyak RM 30.00

d. Yuran bulanan sebanyak RM 8.00

e. Bayaran pendaftaran RM 100.00 termasuk dengan yuran bulanan dan makanan (Pelajar Tahfiz).

f. Pelajar yang mendaftar hendaklah mengisi Borang Pengakuan/ Perjanjian Pelajar dan penjaga. (lihat Lampiran)

g. Pandai menguruskan diri sendiri ( mencuci pakaian dan memasak)

h. Sanggup mematuhi undang-undang yang ditetapkan





*









WARGA TUA



a. Bayaran pendaftaran sebanyak RM 30.00

b. Yuran bulanan sebanyak RM 10.00

c. Pandai menguruskan diri sendiri ( mencuci pakaian dan memasak)

Sanggup mematuhi undang-undang yang ditetapkan





Dikirim dalam Pondok Beta Hilir | Leave a Comment »
Sejarah Penubuhan Pondok Beta Hilir

DIkirim oleh epondok di Julai 22, 2008

SEJARAH PENUBUHAN PONDOK BETA HILIR

Sistem pengajian pondok merupakan sistem pengajian lama yang kian terhakis. Namun kesedaran untuk mempertahankan sistem ini perlu kepada pengembelingan tenaga daripada semua pihak. Begitulah yang berlaku kepada Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir.

Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir diasaskan oleh Al-Marhum Tuan Guru Haji Mohamed Bin Haji Mat Diah pada tahun 1966. Oleh kerana ada sebab yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditutup buat sementara pada tahun 1972. Kemudian pada tahun 1980 Al Marhum Tuan Guru sekali lagi bertungkus lumus menghidupkan kembali pengajian pondok di madrasah ini dan Alhamdulillah ianya berkekalan sampai sekarang dan InsyaAllah hingga selama-lamanya. Kini pondok ini adalah termauk dalam Pondok Ahli iaitu yang telah didaftarkan dengan Majlis Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Kelantan dan Pusat Pembangunan Pondok Berhad.



Pondok ini dibangunkan di atas sebidang tanah wakaf dan milik persendirian yang luasnya kira-kira 3 ekar

Setelah Al Marhum Tuan Guru pengasas pondok ini meninggal dunia pada 14 .4.2000 maka sekarang ini pengajian pondok di Madrasah Muhammadiah diteruskan lagi oleh tiga orang anaknya yang telah ditarbiah sejak kecil lagi sebagai pelapis bagi meneruskan pengajian pondok di madrasah ini. Mereka adalah Ustaz Haji Mohd Jalaluddin Assayuti Bin Haji Mohamed sebagai Mudir dengan dibantu oleh Ustaz Haji Nazri Bin Haji Mohamed sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar I dan Ustaz Haji Mohd Nawawi Bin Haji Mohamed sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar II.



Buat masa ini, terdapat lebih kurang 50 orang murid yang mengikuti pengajian sepenuh masa dan 30 orang tua yang mendiami pondok kelamin







MATLAMAT







vMentarbiah dan membentuk manusia agar menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah.

v Melahirkan pewaris kepimpinan ulamak dan intelektual Islam yang haraki.

v Membentuk pelajar yang bersyakhsiah dan berdaya kepimpinanan Islam.




v Memberikan ilmu dan latihan kepada pelajar untuk persediaan mereka dalam menghadapi situasi yang tidak dapat dijangka yanag juga dapat digunakan untuk manfaat orang lain dan masyarakat sekitar

VISI





v Menjana generasi Islam kearah menjadi insan yang betul-betul bertaqwa kepada Allah berpandukan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

MISI

v Pengajian ilmu yang manfaat melahirkan hamba Allah kearah memartabatkan perjuangan dan cita-cita ulung Islam.







Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Beta Hilir, Pondok Malaysia | Leave a Comment »
Sistem Pengajian

DIkirim oleh epondok di Julai 10, 2008



KURIKULUM








Sistem pengajian pondok ini adalah sepenuhnya menggunakan kitab-kitab lama yang dikarang oleh ulamak yang muktabar yang meliputi pelbagai bidang ilmu agama yang terdiri daripada Ilmu Usuluddin, Feqah, Tasauf, Tafsir Al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab.







KELAS PENGAJIAN YANG DITAWARKAN



Pondok Beta Hilir menawarkan kepada para pelajar 3 kelas pengajian, iaitu :

1. Kelas Pengajian Kitab
2. Kelas Hafazan Al-Quran
3. Kelas Fardhu Ain

( Jadual Pengajian, sila lihat lampiran )



KELAS PENGAJIAN KITAB



Madrasah Muhammadiah Pondok beta hilir menawarkan kepada pelajar peringkat-peringkat atau tahap-tahap pengajian kitab yang telah dikarang oleh ulamak-ulamak yang muktabar. Di antara kitab-kitab yang diajar pada tahap yang ditawarkan itu, seperti berikut :



Tahap satu : Risalah tauhid, Matan Ummu Barahim, Miyatul Musolli, Sulam Mubtadi, taqribul Ikhwan, Penawar Hati, Pelita Penuntut, Tafsir Al-Quranun Hakim, Daqaiqul Akhbar, Matan Al-Jurumiah, Matan Al-Bina, dan lain-lain yang setaraf dengannya.



Tahap Dua : Bakuratul Amani, Jauharatul tauhid, Kifayatul Awam, Matlain Badrain, Sittin, Fathul Qarib, Hidayatul Salikin, Tafsir Jalalain, Jam’ul Fawaid, Jauharatul Mauhub, Majalisu Siniyah, Riadhul Salihin, Asyamawi, Sheikh Khalid, Mutammimah, Al kailani, dan lain-lain yang setarafnya.



Tahap Tiga : Ad Dasuki, Abdul Salam, Aqidatul Najin, Fathul Muin, Tahair, Fathul Wahab, Iqnak, Minhajul Abidin, Hikam, Sari Salikin, Tafsir Nasafi, azkar Nawawi, Duratul Nasihin, Al Bukhari, Tashil, Ibn Aqil, Lamiatul Afa’al, Sowi dan lain-lain yang setaraf dengannya.





KELAS HAFAZAN AL-QURAN



Selain daripada kelas pengajian kitab, pondok beta hilir juga menawarkan kepada para pelajar kelas hafazan al-quran.

Kelas hafazan al-quran ini terbuka kepada mana-mana pelajar yang mempunyai minat untuk menghafal al-quran, sama ada secara menyeluruh ataupun tidak.



KELAS FARDHU AIN



Kelas fardhu ain ini adalah khusus untuk pelajar-pelajar yang belum mahir menulis jawi dan membaca.

Selain itu juga pelajar-pelajar juga turut diajar mengenai perkara fardhu ain yang asas, sebelum pelajar tersebut belajar dalam kelas pengajian kitab secara langsung.











KO-KURIKULUM








Pondok Beta Hilir bukan sahaja mementingkan pelajaran daripada kitab-kitab yang telah dipelajari, tetapi pelajar-pelajar juga diberi latihan secara praktikal. Di antaranya ialah latihan membaca khutbah, mengajar, berpidato, ceramah dan sebagainya.

Selain itu juga, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan program kepimpinan melalui aktiviti persatuan dan secara tidak langsung dilantik menganggotai sof-sof pimpinan dalam persatuan.

Disamping itu, pelajar-pelajar juga didedahkan program-program yang berbentuk kepimpinan dan dakwah. Diantaranya seperti mengadakan usrah pada setiap minggu.







Dikirim dalam Pondok Beta Hilir | Leave a Comment »
Prasarana & Infrastruktur

DIkirim oleh epondok di Julai 9, 2008

Bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan kepada pelajar pondok, beberapa kemudahan telah diwujudkan.



MADRASAH



Sebuah Madrasah yang luas dan selesa yang menjadi tempat bersolat secara berjemaah dan juga sebagai tempat pengajian induk.



ASRAMA

Selain itu juga terdapat juga sebuah bangunan asrama empat tingkat yang hampir siap sebagai tempat penginapan kepada para pelajar.



DEWAN

Bangunan asrama ini juga terdapat sebuah dewan yang luas dan selesa yang dijadikan sebagai tempat mengadakan majlis-majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Dewan ini juga dijadikan sebagai kelas para pelajar tahfiz.


PONDOK PENGINAPAN

Selain daripada asrama tersebut, terdapat juga pondok-pondok yang dijadikan sebagai tempat penginapan para pelajar yang belajar di sini. Pondok-pondok yang dijadikan sebagai tempat penginapan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama ialah pondok-pondok pelajar dan pondok-pondok warga tua. Bekalan Air dan bekalan elektrik disalurkan ke setiap pondok warga tua manakala pondok pelajar pula disalurkan bekalan elektrik secara berkelompok. Pondok untuk penginapan pelajar disediakan dan pondok warga tua mestilah dibangunkan sendiri di atas tapak yang telah disediakan.


MAKTABAH

Untuk memastikan pondok beta hilir ini menjadi salah satu daripada gedung ilmu, maka sebuah maktabah telah disediakan untuk para pelajar membaca bacaan ilmiah. Bilik maktabah ini terletak dalam bahagian bangunan asrama Pondok Beta Hilir iaitu berhampiran dengan dewan.


KOPERASI

Sebuah koperasi juga disediakan di sini untuk memudahkan para pelajar mendapatkan barangan keperluan harian untuk memasak ataupun membasuh. Koperasi ini adalah dibawah selian Ustaz Nazri Sendiri dan dibantu oleh pelajar. Barangan yang dijual di sini merupakan barangan keperluan sahaja.


BILIK KECEMASAN

Kemudahan bilik kecemasan juga terdapat di pondok beta hilir untuk memastikan pelajar yang tidak sihat dirawat dan dikawal di bilik ini. Peralatan dan ubat-ubatan juga disediakan di bilik kecemasan ini.



STOR PERALATAN KEBERSIHAN

Stor ini merupakan tempat untuk menyimpan peralatan-peralatan kebersihan yang telah digunakan. Dengan adanya stor ini, peralatan yang telah digunakan akan lebih terjamin penjagaannya daripada rosak dan juga hilang.



BILIK TETAMU

Memandangkan ada diantara pelajar pondok ini daripada luar negeri Kelantan, Pondok Beta Hilir juga ada menyediakan bilik tetamu untuk dijadikan tempat rehat keluarga yang datang daripada luar daripada Kelantan





Dikirim dalam Pondok Beta Hilir | Leave a Comment »
Perancangan

DIkirim oleh epondok di Mei 9, 2008

Bagi melahirkan insan yang bertakwa yang mampu mengharungi kehidupan di alaf baru ini, maka Jawatankuasa Pengelola Pembangunan Pondok telah merangka satu kurikulum untuk menggabungkan pengajian pondok dengan Tahfiz Al-Quran dan Alhamdulillah ianya telah pun berjalan dengan lancar dan dari semasa ke semasa pihak pondok sentiasa mengemaskini system kurikulum di pondok ini.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, satu bangunan rumah wakaf (asrama) empat tingkat sedang dibangunkan di pondok ini di atas tanah wakaf lot 591 Mukim Beta Hilir, Daerah Beta, Kota Bharu yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 350,000.00. Oleh itu, kami telah pun dapat melaksanakan kerja-kerja pembinaan ini yang telah pun dibelanjakan sebanyak RM 270,000.00 hasil sumbangan muslimin sekalian. Terima Kasih.

Namun bagi menyiapkan sepenuhnya bangunan ini pihak kami masih memerlukan derma sebanyak RM 80,000.00. Sumbangan tuan/puan amat dialu-alukan sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun bahan binaan.

Tuan/puan yang sudi menderma boleh dibuat di atas nama Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir.

Kepada,

Bendahari,

Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir,

15100 Beta, Kota Bharu,Kelantan.

No Akaun : 0301002364711

(Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan Kota Bharu )





Dikirim dalam Pondok Beta Hilir | Leave a Comment »
Peraturan Madrasah

DIkirim oleh epondok di Mei 9, 2008

PERATURAN TATATERTIB

* PAKAIAN

a. Pelajar dikehendaki memakai jubah dan berserban ketika solat dan

ketika mendapat jemputan luar.

b. Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar ketika berada dalam kawasan pondok

kecuali ketika bergotong-royong dan beriadah sahaja.

c. Pakaian pelajar ketika berada dalam kawasan pondok ataupun di luar kawasan

pondok mestilah menutup aurat. Maksud menutup aurat ialah pakaian tidak terlalu ketat dan nipis.

d. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa dan memakai pakaian yang

dilarang oleh syarak seperti mempunyai tulisan dan gambar yang dilarang oleh syarak.

e. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali memiliki dan membawa seluar jin dan

seluar pendek ke pondok.

f. Pakaian untuk bersukan seperti jersi dan track suit hanya boleh dipakai untuk

tujuan riadah sahaja. Pelajar dilarang memakainya ketika waktu pengajian dan ketika bersolat.



* WAKTU SOLAT

1. Pelajar hendaklah bersembahyang secara berjemaah setiap waktu solat.
2. Pelajar hendaklah memakai jubah dan berserban ketika bersolat.
3. Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar atau pakain selain daripada jubah.
4. Pelajar hendaklah ada di madrasah 10 minit awal sebelum masuk waktu solat.
5. Pelajar tidak dibenarkan bangun sebelum selesai berwirid.
6. Pelajar tidak dibenarkan bersandar di dinding madrasah setelah selesai bersolat.
7. Pelajar hendaklah mengerjakan solat sunat sebelun atau selepas solat fardhu.
8. Pelajar tidak dibenarkan berbual, bermain, bergurau senda atau mengganggu pelajar lain sebelum, ketika atau selepas bersolat.
9. Pelajar hendaklah mengikut bersama berwirid dan menghayati apa yang dibacakan.



* WAKTU PENGAJIAN

1. Pelajar hendaklah berada lebih awal 5minit sebelum pengajian bermula.
2. Pakaian baju melayu atau kemeja berlengan panjang, berkopiah ataupun berserban.
3. Baju yang bergambar tidak dibenarkan sama sekali.
4. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali ponteng waktu pengajian kecuali setelah mendapat kebenaran mudir.
5. Pelajar tidak dibenarkan berbual, bergurau senda, dan mengganggu pelajar lain ketika berada dalam waktu pengajian.
6. Pelajar tidak dibenarkan makan dan minum ketika dalam waktu pengajian.
7. Pelajar juga diwajibkan mengikuti pengajian yang tidak kurang dari 10 buah kitab sehari semalam.
8. Pelajar tidak dibenarkan bersandar di dinding madrasah ketika sesi pengajian.





* POTONGAN RAMBUT

a. Semua pelajar dilarang berambut panjang, iaitu tidak dibenarkan berambut

panjang melebihi 1 inci.

b. Pelajar-pelajar yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa diurus dengan

kemas.

c. Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan meniru mana-mana gaya rambut yang

ditegah oleh syarak.



* PENGGUNAAN MADRASAH, DEWAN DAN PERALATAN PONDOK

1. Penggunaan madrasah, dewan dan peralatan pondok mestilah dimaklumkan terlebih dahulu daripada pihak pentadbiran.
2. Selepas menggunakannya, segala perabot dan peralatan hendaklah disusun seperti keadaan asal dan pastikan dalam keadaan bersih dan kemas.
3. Segala peralatan yang digunakan mestilah diletakkan pada tempatnya yang asal.
4. Pelajar tidak dibenarkan mengambil peralatan pondok untuk penggunaan individu.



* LARANGAN MEROKOK

1. Semua pelajar dilarang merokok ketika berada di pondok atau memiliki sebarang alat pemetik api, mancis, rokok, kotak rokok, paip atau apa-apa jua peralatan atau kemudahan yang ada kaitan dengan aktioviti merokok.



* BARANGAN LARANGAN

1. Pelajar tidak dibenarkan membawa dan memiliki barangan hiburan seperti Peti televisyen, perakam video, pemain CD/ VCD/ DVD, radio, walkman, majalah-majalah yang tidak membawa manfaat kepada agama.



PERATURAN KELUAR KE BANDAR DAN BALIK KAMPUNG







* PERATURAN AM

1. Pelajar-pelajar hendaklah meminta kebenaran daripada mudir sebelum keluar ke bandar atau balik Kampung.
2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar atau balik kampong tanpa sebab-sebab yang munasabah.
3. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai seluar ketika keluar ataupun balik kampong.
4. Pelajar-pelajar hendaklah memakai kain atau jubah dan berkopiah atau beserban ketika balik kampong atau keluar ke Bandar.
5. Pelajar-pelajar yang keluar ke Bandar hendaklah pulang ke pondok sebelum maghrib.
6. Pelajar-pelajar yang pulang bercuti hendaklah kembali ke pondok sehari sebelum pengajian bermula.
7. Pelajar yang pulang bercuti hendaklah memastikan bilik asrama atau pondok penginapan dalam keadaan kemas dan bersih ketika meninggalkan bilik atau pondok masing-masing.
8. Pelajar-pelajar hendakalah memastikan keadaan bilik dan pondok dalam keadaan selamat iaitu berkunci ketika pulang bercuti.









PERATURAN ASRAMA DAN PONDOK PENGINAPAN








* PERATURAN AM

a. Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh dianggap

menghalang atau menahan mana-mana pihak pentadbiran pondok daripada memasuki bilik pelajar bagi tujuan menjalankan tugas, kewajiban atau tanggungjawab dibilik berkenaan.

b. Pelajar juga hendaklah berada dalam bilik atau pondok masing-masing selepas

jam 11.30 malam.

c. Pelajar juga hendakalah memastikan kawasan dalam dan luar bilik atau

pondok dalam keadaan bersih dan kemas.

d. Pelajar juga tidak boleh menukar biliknya atau pondoknya dengan mana-mana

bilik atau pondok kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran pondok.

e. Lampu bilik atau pondok hendaklah dipadamkan selewat-lewatnya jam 11.30

malam.

f. Semua pelajar hendaklah memadamkan lampu dan mematikan kipas jika tiada

sesiapa di dalam bilik atau pondok apabila meninggalkan bilik atau pondok

masing-masing.









PERATURAN MAKTABAH









* PERATURAN AM

1. Tidak di benarkan bercakap sehingga mengganggu ketenteraman maktabah.
2. Tidak dibenarkan merokok, makan, dan minum di maktabah.
3. Tidak dibenarkan mengalih perabot yang telah sedia ada teratur dalam maktabah.
4. Tidak dibenarkan membuang sampah dan kertas merata-rata tempat.
5. Tidak dibenarkan menyembunyikan buku-buku dan bahan-bahan bukan buku. Bahan-bahan yang telah digunakan hendaklah diletakan pada tempat asalnya.



* MASA MAKTABAH

1. Waktu Pengajian (Ahad-Khamis) : 12.00 tgh – 1.00 p.m

: 3.00 p.m – 4.00 p.m

1. Cuti Pengajian ( Jumaat ) : 9.00 a.m – 12 tgh

: 3.00 p.m – 6.00 p.m

( Sabtu ) : 12.00 tgh – 1.00 p.m

: 3.00 p.m – 4.00 p.m





PERATURAN PEJABAT











* PERATURAN AM

1. Tidak dibenarkan masuk kecuali jika ada urusan dengan pejabat.
2. Tidak boleh mengganggu atau mengusik mana-mana peralatan dan fail-fail yang terdapat di dalam pejabat
3. Tidak dibenarkan memasang CD atau DVD pada komputer di dalam pejabat walupun berkenaan dengan ilmiah.
4. Tidak dibenarkan tidur dan di dalam pejabat
5. Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam pejabat
6. Tidak dibenarkan membuat basing di dalam pejabat.

g. Hendaklah menjaga kebersihan di dalam pejabat


No comments:

Post a Comment