AL-MUHADDIS SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI


Marilah sama2 sedekahkan Al-fatihah

PEJUANG AHLI SUNNAH WALJAMAAH


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhN18pqbMf2vs06mD6MoRFXFDdg_D_4BcR-DbUN_Vd0gSgv5NPH373tXPp552zUenHMNdnlUi3jUoizFt8yfqMFhZMGCrTYTvP_yp18RdVie_CR0QrHmD6v06JBVn7V4QI7vGhH5s9WhQQ/s320/vlcsnap-231061.png

AL-MUHADDIS SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI

Nama dan Tempat Lahirnya

Beliau adalah seorang yang alim, al Muhaddis, pakar dalam ilmu Feqah , dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abu abd al rahman Abdullah bin Muhammad binYusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar, berketurunan al Syaibi dan al Abdari. Beliau juga adalah Mufti Harar. Dilahirkan di Bandar Harar

Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke padanya kitab al Muqaddimah al Hadhramiah dan kitab al Mukhtasar al Saghir dalam ilmu feqah yang mana kitab-kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.

Kemudian beliau mula menghafal ilmu-ilmu agama yang lain seperti matan-matan ilmu agama kemudian beliau mendalami ilmu hadis dan telah menghafal sunan sittah (kitab hadis) dan selainnya dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadis-hadis nabi ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.

Guru-gurunya:

Beliau telah mempelajari ilmu feqah Syafie dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik dan al Luma’'dari:
1- Syeikh Muhammad Abdu Salam al Harary

2- Syeikh Muhammad Omar Jamei’ Al Harary

3- Syeikh Muhammad Rasyad al Habasyi

4- Syeikh Ibrahim Abil Gaish al Harary

5- Syeikh Yunus al Habasyi

6- Syeikh Muhammad Siraj al Jabruty

Manakala. dalam ilmu bahasa arab beliau telah ambil daripada;

1-Syeikh al Soleh Ahmad al Basir

2- Syeikh Ahmad bin Muhammad al Habasyi

Manakala dalam feqah 3 Mazhab dan usulnya beiiau telah ambil daripada:

1-Syeikh Muhammad al Araby al Fasy

2- Syeikh Abdur Rahman al Habasyi.

Manakala ilmu tafsir beliau telah ambil dari Syeikh Syarif al Habsyi di kawasanya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari;

1-Al-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al Jabruty Mufti Habsyah,

2-Syeikh Abdur Rahman bin Abdillah al Habsyi.

Ketika beliau berada di Madinah Munawwarah beliau sempat belajar ilmu hadis dan membaca hadis-hadis nabi dari syeikh al Muhaddis Muhammad bin All al Siddiq al Bakry al Hindi al Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke maktabah Arif Hikmat dan maktabah al Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana.

Di sana juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulamak hadis iaitu Syeikh al Muhaddis Ibrahim al Khatni anak murid kepada seorang ulama yg masyhur iaitu syeikh al Muhaddis Abdul Qadir Syalbi.

Manakala ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini. Kemudian beliau menuju ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulamak yang sangat alim iaitu al Muhaddis Syeikh Badruddin al Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan syekh Abdullah al Harari ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al Harary menjadi rujukan dalam masaalah-masalah agama yang mana alim ulamak Syam merujuk kepada syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa syeikh Abdullah INi adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al Hasani dari segi ilmu.

Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al Rifaeyah dari Syeikh Abdurrahman al Sabsabi al Hamawy dan dari syeikh Tohir al Kayaly al Humsi. Beliau sempat menerima ijazat tariqat al Qadiriyah dari syeikh Ahmad al Arbiny dan dari syeikh al Toyyib al Dimasyqi.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pagi 2 Ramadhan 1429H bersamaan 2 September 2008.

No comments:

Post a Comment