Masalah-masalah yang boleh terjadi semasa seorang wanita didalam haidh

Masalah-masalah yang boleh terjadi semasa seorang wanita didalam haidh

1. Apabila seorang perempuan kedatangan darah selama dua hari, kemudian berhenti darahnya sehari, selepas itu kembali darah selama dua hari, kemudian berhenti darah, begitulah seterusnya selama sebulan,dengan tiada perbezaan pada sifat darah seperti merah sekeliannya. Maka kita hukumkan perempuan itu kedatangan haidh hanya sehari semalam pada awal darahnya dan ia suci dua puluh sembilan hari. Maka darah yang keluar lebih dari sehari semalam itu adalah istihadhah.

2. Apabila seorang perempuan melihat darah selama tiga hari berturut-turut pada bulan yang pertama, dan melihat ia pada bulan yang kedua akan darah tiap-tiap hari selama sebulan dengan tidak ada perbezan pada sifat darah seperti merah sekeliannya, dan melihat ia pada bulan yang ketiga akan darah tiap-tiap hari selama sebulan tetapi berlainan sifatnya, seperti sepuluh hari berwarna hitam kemudian sepuluh hari berwarna merah dan sepuluh hari berikutnya berwarna kuning, maka kita hukumkan perempuan itu kedatangan haidh pada bulan yang pertama tiga hari, dan pada bulan yang kedua dia kedatangan haidh tiga hari sahaja iaitu mengikut bulan yang pertama kerana darahnya melebihi sebanyak-banyak haidh dan tidak boleh beza, dan bulan yang ketiga perempuan itu hanya kedatangan darah selama sepuluh hari berdasarkan perbezan warna, maka darah yang selebihnya adalah isthadhah.

Keterangan bagi bulan yang kedua mengapa kita hukumkan hanya tiga hari sahaja perempuan itu kedatangan haidh ?

Ini disebabkan perempuan itu kedatangan haidh pada bulan yang kedua melebihi lima belas hari lima belas malam (masa sebanyak-banyak haidh) dan darahnya itu tidak berbeza pada sifat. Apabila keadan seperti ini berlaku perempuan itu hendaklah menghitung haidhnya mengikut hitungan pada bulan-bulan yang sebelumnya.

Adapun bulan yang ketiga oleh kerana haidhnya dapat dibezakan dengan warna, maka warna darah yang tidak melampaui masa sebanyak-banyak haidh adalah dikira darah haidh. Dan pada masalah ini darah yang berwarna hitam masih dalam lingkungan masa haidh, adapun darah yang berwarna merah sebahagiannya sudah keluar daripada masa sebanyak-banyak haidh dengan itu kesemua darah yang berwarna merah bukannya darah haidh.

3. Apabila melihat perempuan yang pertama kali datang haidh akan darah berwarna merah lima belas hari kemudian datang darah hitam lima belas hari mengiringi darah merah, dia hendaklah meninggal sembahyang dan puasa dalam masa tiga puloh hari. Kerana di dalam masa lima belas hari yang pertama dia meninggalkan sembahyang dan puasa dengan menyangka darah yang keluar itu darah haid dan dia mengharap berhenti darahnya. Dan lima belas hari berikutnya dia wajib meninggalkan sembahyang dan puasa kerana darah hitam yang keluar itu menyatakan bahawa darah merah yang sebelumnya itu darah istihadhah. Dan dia wajib mengqadaq sembahyang dan puasa yang ditinggalkan di dalam masa lima belas hari yang pertama.

4. Seorang perempuan melihat darah tiga hari kemudian berhenti darahnya dua belas hari kemudian datang darah pula tiga hari kemudian putus pula, maka kita hukumkan darah tiga hari yang pertama itu darah haidh, dua belas hari suci dan demikian lagi darah yang keluar tiga hari yang kedua itu suci, cukuplah lima belas hari sekurang-kurang suci apabila dicampurkan antara tiga hari yang kedua dengan dua belas hari, maka jadilah darah tiga hari yang kedua itu darah pasad (rosak). Ini jika berhenti darah yang kemudian, dan jika berkekalan ia maka padanya beberapa kelakuan, Sila rujuk pada tajuk Keadaan-keadan peremruan musthadhah.



No comments:

Post a Comment