Hukum-hukum yang bergantung dengan haidh


Terdapat tiga hukum yang bergantung dengan sebab haidh

1. Haram keatas perempuan itu sendiri iaitu sembahyang, sujud tilawah, sujud syukur, tawaf, puasa, iktikaf, masuk di dalam masjid, lalu di dalam masjid jika takut melumurkan masjid dengan titik darahnya, membaca al-quran, menyentuh Mashaf dan mandi dengan niat mengkat hadas

2. Diharamkan keats suami persetubuhan, talaq dan mengambil kesedapan diantara pusat dan lutut

3. Hukum yang berkaitan dengan haidh iaitu baligh, mandi, iddah dan mempastikan kebersihan rahim

Hukum yang bergantung setelah putus darah.

Seorang wanita yang telah berhenti darah dan ia belum lagi mandi maka harus ia berpuasa, mandi kerana mengangkat hadas, lalu didalam masjid dan harus suaminya mentalakkan dia .

Pekara yang haram ia lakukan sebelum mandi sedangkan darahnya sudah berhenti ialah sembahyang, sujud syukur, sujud tilawah, berhenti di dalam masjid, tawaf, membaca al-Quran dan menyentuh Mashaf.

Sembahyang dan sujud

Perempuan yang sedang berhaidh atau berhenti darah haidhnya tetapi belum lagi mandi diharamkan atasnya sembahayang samaada fardu atau sunat, sujud tilawah, sujud syukur dan sembahyang jenazah.

Kewajipan sembahyang fardu gugur daripadanya dan dia tidak perlu mengqadq`kannya apabila dia telah suci walaupun semasa haidh dia murtad. Makruh ia mengqadaq sembahyang yang luput semasa haidh, walaupun demikian sah sembahyangnya jika dikerjakannya.

Suci pada akhir waktu sembahyang

Seorang wanita yang berhenti darahnya pada akhir waktu sembahyang, sedangkan dia mendapat kadar takbiratul ihram atau lebih sebelum keluar waktunya, wajiblah wanita itu mengqadaq`kan sembahyangnya kerana dia mendapat satu suku daripada waktunya. Bandingannya seperti seorang musafir sembahayang qasar mengikut pada akhir sembahyang orang yang sembahyang sempurna, hendak lah dia sempurnakan sembahyangnya dengan membuat empat rakaad.

Adapun jika tiada tingal pada akhir waktu kadar masa yang sempat takbiratul ihram tiada wajib atasnya mengqadaq sembahyangnya itu

Wajib pula dia mengqadaq sembahyang yang sebelumnya, jika sembahyang itu boleh dijama`kan dengan sembahayang yang pada waktunya darah berhenti. Apabila dia mendapat kadar takbiratul ihram atau lebih sebelum berakhirnya waktu yang kedua. Seperti seorang wanita yang berhenti darah pada akhir waktu asar / waktu kedua sekadar masa yang membolehkan dia takbiratul ihram, kemudian keluar waktunya, maka wajib atasnya mengqadaq sembahyang asar dan zuhur.

Adapun sembahyang yang tidak bokeh dijamakkan dengan sembahyang yang darah berhenti pada waktunya, tidak wajib ia mengqadaqnya melainkan sembahyang yang mempunyai waktu sahaja. Seperti berhenti darahnya pada akhir waktu magrib sekadar ia dapat takbiratul ihram atau lebih sebelum keluar waktu maka tidak wajib ia mengqadaq sembahyang asar, hanya ia wajib mengqadaq sembahyang magrib sahaja.

Wajib mengqadaq sembahyang bagi perempuan yang berhenti darahnya di dalam waktu jika tidak ada pekara yang menegah sembahyang dan bersuci setelah berhenti darah. Adapun jika ada pekara yang menegah sembahayang dan bersuci seperti setelah berhenti darah seorang perempuan itu pitam atau gila sbelum tempoh yang membolehkan dia bersuci dan menyelesaikan sembahyang, maka tidak wajib atasnya mengqadaq sembahyang itu kerana ia tidak ada masa yang membolehkan sembahyang dan bersuci

Puasa

Haram lagi tidak sah perempuan yang berhaidh berpuasa, samaada fardu ataupun sunat.

Wajib keatasnya mengqadaq puasanya, samaada ia berpuasa semasa haidhnya atau pun tidak. Hendaklah ia qadaq puasanya kemudian daripada bulan ramadan pada waktu yang harus berpuasa.

Kedatangan haidh semasa sedang berpuasa

Seorang wanita yang kedatangan haidh semasa sedang berpuasa, batal puasanya, walaupun sudah hampir waktu berbuka. Wajib atasnya mengqadaqkan puasanya itu. Adapun darah yang belum mengalir keluar pada zahir faraj dan iaitu tempat yang wajib basuh pada ketika istinja` tetapi terasa mengalir disebelah dalam faraj sahaja, tidak membatalkan puasanya dengan syarat ia keluar setelah terbenam matahari. Kerana dia belum dihukumkan berhaidh.

Berhenti haidh selepas naik fajar

Seorang wanita yang masih di dalam haidh semasa terbit fajar maka puasanya pada hari itu tidak terjadi walaupun darah yang keluar berhenti mengiringi fajar, kerana wanita itu semasa terbit fajar masih telarang daripada mengerjakan puasa.

Berhenti haidh sebelum naik fajar

Seorang wanita berhenti darahnya sebelum terbit fajar dan dia sempat berniat puasa, maka sah puasanya walaupun dia belum sempat mandi. Hukum ini menyamai orang yang sedang berjunub apabila dia mandi setelah terbit fajar

Jika berniat perempuan yang berhaidh puasa esok hari sebelum berhenti darah kemudian berhenti darahnya pada malam itu, sah puasanya dengan niat itu dengan syarat dia berada pada masa sebanyak-banyak haidh sama ada ia pertama kali kedatangan haidh atau sudah biasa kedatangannya.

Sah niat puasa perempuan yang beradat / kebiasan datang darah sebelum berhenti darahnya, jika dia berada pada akhir adat haidhnya. Hukum ini tidak berlaku kepada perempuan yang tempoh haidhnya tidak menentu, seperti seorang yang haidhnya tujuh hari terkadang lapan hari dan terkadng sembilan hari maka tidak sah puasa apabila ia niat sebelum berhenti darah.

Diberi pahala kerana meningalkan ibadat

Apabila seorang wanita itu meningalkan ibadat yang berhajat kepada bersuci seperti sambahayang, puasa dan sebagainya dengan niat menjunjung perentah syara` maka dia diberi pahala dengan sebab niatnya itu.

Tawaf

Haram lagi tidak sah wanita yang berhaidh melakukan tawaf samaada tawaf fardu atau sunat, bersalahan amalan haji dan umrah yang lain daripada tawaf iaitu yang tidak berkehendak kepada suci.

Wajib atsnya menanti sehinga berhenti darah dan mandi supaya ia dapat mengerjakan tawaf fardu / rukun . Kewajipan tawaf fardu tidak gugur dengan sebab dia masih didalam haidh. Jika dia kembali kenegerinya sedangkan masih belum melakukan tawaf rukun maka dia adalah orang yang masih didalam ihram. Adapun tawaf wida` gugur kewajipannyn jika wanita itu sedang berhaidh semasa ia hendak keluar daripada Mekah.

Harus bagi Perempuan yang berhaid mengambil ubat yang boleh memberhentikan darahnya supaya dapat mengerjakan tawaf. Dan tidak mengapa jika keluar darah selepas tawaf.

Membaca, menyentuh dan menanggung al-Quran

Wanita yang berhaidh haram membaca al-Quran walaupun satu huruf jika diniatkan Quran adapun jika diniatkan zikir atau doa maka tidak menjadi halangan baginya.

Tidak menjadi kesalahan bagi wanita yang berhaidh melihat ayat-ayat al-Quran dan membacanya didalam hati tanpa mengerakkan lidahnya dan ia sendiri tidak mendengar bachan dirinya.

Syara` melarang wanita yang barhaidh menyentuh Mashaf lebih-lebih lagi membawanya. Dalilnya firman اللّه

لايمسه إلا المطهرون

al-Waaqiah ayat 79

Tidak menyentuhnya yakni al-quran melainkan orang-orang yang disucikan

Berhenti dan lalu di dalam masjid

Haram perempuan yang sedang berhaidh berhenti di dalam masjid samaada beriktikaf ,duduk, tidur, dan berulang-alik di dalamnya.

Wanita yang berhaidh diharamkan lalu di dalam masjid jika takut melumurkan masjid dengan titik darahnya. Jika ia dapat menjaga daripada titik darahnya tidak mengapa pada ketika itu ia lalu di dalamnya dengan hajat. Adapun ketika tiada hajat maka dimakruhkan ia lalu di dalamnya.

Yang dikehendaki dengan lalu di sini apabila masuk seorang itu daripada suatu pintu dan keluar pada pintu yang lain dengan tidak berhenti di dalamnya.

Adapun surau atu madrasah tidak diharamkan atas mereka duduk di dalamnya.

Haidh tidak memutuskan urutan puasa dan iktikaf

Apabila seorang wanita bernazar untuk berpuasa atau beriktikaf dengan berturut-turut jadi putus berturut-turutnya apabila kedatangan haidh, melainkan masa puasa dan iktikafnya itu panjang sekira-kira tidak sunyi pada masa itu waktu haidh pada kebiasannya, maka tidak putus beturut-turut puasa dan iktikafnya dan hendaklah ia menyambung puasa atau iktikaf selepas berhenti darah. Contohnya seorang perempuan bernazar hendak berpuasa atau beriktikaf selama sebulan berturut-turut sedangkan pada kebiasannya ia kedatangan haidh tujuh hari pada tiap-tiap bulan maka masa yang ia boleh berterusan puasa atau iktikaf hanya dua puluh tiga hari. Dengan itu hendaklah ia menyambung tujuh hari puasa atau iktikafnya selepas berhenti haidhnya

Menyentuh diantara pusat dan lutut

Haram hukumnya suami menyentuh isterinya yang berhaidh diantara pusat dan lutut dengan tidak berlapik dan jika sentuhan itu dengan ketiadan shawat sekalipun. Samaada sentuhan itu dengan tangan, kaki atau anggota yang lain.

Haram lagi berdosa besar seorang mensetubuhi isterinya yang masih keluar darah, dan menjadi kufur jika ia mengiktikad akan halalnya. Adapun seorang yang mengiktikad halal mensetubuhi isterinya kemudian daripada putus darah dan sebelum mandi isterinya atau pada akhir darah yang daif seperti kuning, tidaklah jadi kufur dengan iktikadnya itu, kerana berselisih pendapat Ulama` pada pekara ini.

Ada setengah ulama` berpendapat tidak haram suami menyentuh istiri yang berhaidh diantara pusat dan lutut dengan tidak mensetubuhinya, telah memilih pendapat ini Imam Nawawi di dalam kitabnya yang bernama Tahkik. Adapun mensetubuhinya adalah haram walaupun dengan berlapik.

Talaq

Haram lagi berdosa besar atas suami mentalaqkan isterinya yang didalam haidh. Tujuan pengharama supaya menolak kemudaratan berpanjangan tempoh iddah, kerana tempoh pencerayan semasa haidh tidak termasuk didalam tempoh iddah. Namun begitu talaqnya terjadi walaupun dijatuhkan didalam masa haidh dan wajib atas suami merujuk isterinya / mengambalikan isteri kepangkuannya. Setelah isterinya selesai daripada haidh boleh ia pilih antara meneruskan perkahwianannya atau mentalaqkannya sebelum ia setebuhi isterinya itu.

Mandi atau tayamum

Mandi atau tayamum dengan kasad mengakatkan hadas atau kerana ibadat adalah haram keatas perempuan yang berhaidh sedangkan ia mengetahui demikian itu tidak sah. Kerana ia diangap bermain-main. Melainkan mandi-mandi sunat seperti mandi sunat hari raya, mandi sunat ihram dan lainnya daripada mandi-mandi sunat yang digalakkan bagi wanita.

Haidh tanda baligh

Apabila seorang wanita kedatangan haidh pertama kali pada ketika ia belum ada tanda baligh yang lain iaitu bermimpi atau cukup umurnya lima belas tahun hijrah maka balighlah ia dengan datang haidh itu. Dengan itu ia dipertanggung jawab dengan hukum-hukum syara`, dan ia dipangil seorang yang mukallaf.

Iddah perempuan berhaidh

Iddah bagi perempuan berhaidh dikira dengan tiga kali suci / tiga kuruk (قُرُوء) jika dia tidak mengandung. Sama ada iddahnya itu sebab bercerai dengan suami, pasah atau wati subhad / setubuh yang ada kesamaran. Adapun wanita yang mengandung iddahnya dengan beranak. Dan erti kuruq (قُرُوء) iaitu suci antara dua haidh.

Wanita yang ditalak / diceraikan pada ketika suci, lepas iddahnya dengan masuk haidhnya yang ketiga, adapun wanita yang ditalak semasa di dalam haidh, iddahnya berakhir dengan masuk pada haidh yang ke empat.

Wanita yang belum pernah berhaidh dicerai oleh suaminya kemudian dia kedatangan haidh maka putus iddahnya dengan masuk haidhnya yang keempat

Artikel rujukan:

Ustz Alias Almalakawi

No comments:

Post a Comment