Pondok Gelang Mas

Arkib bagi Kategori ‘Pondok Gelang Mas’

Madrasah Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Gelang Mas
Tel. 09-7972433
Minum Teh Derma Pondok Gelang Mas

DIkirim oleh epondok di Mac 5, 2009

Sempena sambutan Maulidurrasul 1430H maka pihak pentadbiran Pondok Gelang, Mas akan mengadakan majlis minum teh sambil menderma bagi tujuan kemajuan pondok. Program ini akan dijalankan pada Ahad 11 Rabiul awwal 1430H bersamaan 8 Mac 2009M bermula jam 10 pagi hingga 7 malam. Pada sebelah malam pula diisi dengan ceramah umum. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai

Dikirim dalam Pondok Gelang Mas | 1 Komen »
Maklumat Pondok Gelang Mas

DIkirim oleh epondok di Julai 21, 2008

Sejarah Penubuhan

Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Madrasah Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Gelang Mas telah ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Tuan Guru Hj Awang bin Yusuf yang merupakan antara murid terdekat dengan Tuan Guru Hj Abdul Aziz Pasir Tumboh dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas. Sebelum balik ke kampung untuk membuka pondok ini, beliau mencurahkan ilmunya di Pondok Pasir Tumboh iaitu tempat pengajiannya. Malah sehingga tahun 2005 beliau terus menabur khidmat di Pondok Pasir Tumboh secara sambilan seminggu sekali. Beliau pada awalnya agak keberatan untuk membuka pondok setelah diminta oleh penduduk kampungnya tetapi atas nasihat daripada Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh yang memintanya supaya memperkenankan permintaan orang yang begitu memerlukan khidmat dan ilmunya maka beliau akhirnya membuka pondok ini.

Dengan tertubuhnya Madrasah Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Gelang Mas maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah sebagai kesinambungan kepada kemasyhuran daerah Pasir Mas ini yang terkenal dengan pusat pengajian pondok yang begitu banyak sejak dari dahulu lagi





Objektif Penubuhan



1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
2. Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
3. Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
4. Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
5. Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
6. Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
7. Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
8. Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan



Lokasi



Madrasah Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Gelang Mas terletak di Kg Banggol Naim, Gelang Mas kira-kira 11 km dari Pusat Bandar Pasir Mas di atas sebidang tanah seluas 4 ekar lebih

Dikirim dalam Pondok Gelang Mas | Leave a Comment »
Aktiviti Umum

DIkirim oleh epondok di Mei 17, 2008
Program umum untuk masyarakat luar pondok



1. Sentiasa memberi ruang kepada pelajar sekolah pada musim cuti sekolah untuk datang menginap dan belajar di pondok ini
2. Membuat program umum seperti ceramah dan juga motivasi dengan kerjasama badan tertentu seperti Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kelantan

Dikirim dalam Pondok Gelang Mas | Leave a Comment »
Kemudahan Asas

DIkirim oleh epondok di Mei 16, 2008

Kemudahan asas



1. Masjid
2. Madrasah atau surau untuk berjemaah dan pengajian
3. Pondok penginapan pelajar, kelamin dan warga tua
4. Asrama pelajar perempuan
5. Rumah guru
6. Bangunan pejabat



Tenaga Pengajar



Terdapat 8 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu guru



Penghuni dan Pelajar Pondok



Jumlah penghuni pondok kini seramai 150 orang muslimin dan muslimat yang bujang disamping kelamin dan warga tua



Dikirim dalam Pondok Gelang Mas | 1 Komen »
Pengasas & Mudir Pondok Gelang Mas

DIkirim oleh epondok di Mei 11, 2008

Pengasas dan Mudir Pondok Gelang Mas



Nama : Tuan Guru Hj Awang bin Yusuf ( lebih dikenali dengan panggilan Ishak)



Pengajian :



a. Pondok Apa-apa, Pasir Mas mula 1959-1961

b. Pondok Pasir Tumboh dari 1961



Antara gurunya



1. Tuan Guru Hj Ibrahim Pondok Apa-apa

2. Tuan Guru Hj Mustafa Pasir Tumboh

3. Tuan Guru Hj Abdul Aziz Pasir Tumboh

4. Tuan Guru Hj Hashim Pasir Tumboh


Bidang ilmu yang diajar



Semua kitab turath dalam bidang Aqidah, Feqah, tasawwuf, Tafsir, Hadis, Nahu, Soraf

No comments:

Post a Comment