Pondok Kg Neting

Arkib bagi Kategori ‘Pondok Kg Neting’

Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Kg Neting
Tel. 019-9262256

Pondok Kg Neting

DIkirim oleh epondok di Ogos 9, 2008

Maklumat Pondok Kg Neting

Nama Rasmi

Madrasah Ar-Rahmaniah

Pondok Kg Neting, Tumpat, Kelantan

SEJARAH

Pondok Neting telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Kampung Neting, Jajahan Tumpat. Pengasas Pondok Talak ialah al-Fadhil Ustaz Muslim bin Zakaria atas permintaan dan cadangan daripada bapa mertuanya. Beliau dibantu oleh bapa mertuanya dan beberapa orang adik beradiknya telah bertungkus-lumus dalam mengimarahkan pondok ini. Dengan terdirinya pondok ini maka bertambahnya bilangan pondok bagi jajahan Tumpat untuk dijadikan pusat pengajian bagi umat Islam yang bukan sahaja sekitar jajahan ini malah seluruh negara termasuk dari Thailnd. Pondok ini adalah di antara pondok yang baru bernaung di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad iaitu Persatuan Pondok Kelantan

KEMUDAHAN ASAS

1. Sebuah masjid yang dapat menampung seramai 300 jemaah. Ia juga merupakan tempat pengajian di pondok ini

2. Sebuah asrama pelajar lelaki iaitu bangunan asrama batu dua tingkat yang dapat menampung 50 orang pelajar.

3. Sebuah asrama pelajar perempuan iaitu bangunan asrama batu dua tingkat

4. Beberapa buah pondok bagi pelajar dan warga emas

SUKATAN PENGAJIAN

Ilmu yang diajar adalah merangkumi semua ilmu agama termasuk ilmu Usuluddin, Feqah, Ilmu Alat, Al-Qur’an, Al-Hadis dan lain-lain.

Semua kitab adalah kitab pondok (tradisional) samada di dalam bahasa melayu jawi dan Arab

Pondok ini juga menyediakan pengajian tahfiz bagi pelajar yang berkelayakan

MATLAMAT

  1. Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal
  2. Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak
  3. Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
  4. Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara mendalam ilmu agama dengan menjadikan islam sebagai cara hidup

Dikirim dalam Pondok Kg Neting | Leave a Comment »

Pentadbiran Pondok Kg Neting

DIkirim oleh epondok di Ogos 5, 2008

1. Ahli jawatankuasa

Pengerusi : Ustaz Muslim bin Zakaria

Setiausaha : Ustaz Mohd Tarmizi bin Zakaria

Bendahari : Encik Fauzi

Ajk : 1. Ustaz Hj Abdul Rahman

2. Ustaz Hijazi bin Zakaria

3. Ustaz Muhammad bin Ismail

2. Senarai nama guru

1. Ustaz Muslim bin Zakaria

2. Ustaz Mohd Tarmizi bin Zakaria

3. Ustaz Hj Abdul Rahman

4. Ustaz Hijazi bin Zakaria

5. Ustaz Muhammad bin Ismail

3. Jumlah pelajar semasa

a. Pelajar lelaki 50 orang

b. Pelajar perempuan 11 orang

c. Orang tua 6 0rang

4. Jadual pengajian harian

MASA

PENGAJIAN

7.00 – 8.30 Pagi

Kitab

9.00 – 9.30 pagi

Kelas al-Quran

10.00 – 11.00 pagi

Kitab

2.00 – 3.00 petang

Kelas Tahfiz dan al-Quran

3.00 – 3.45 petang

Kitab

Lepas Asar

Kitab

Lepas Maghrib

Kitab

Lepas Isya’

Kitab dan al-Quran

Dikirim dalam Pondok Kg Neting | Leave a Comment »

No comments:

Post a Comment