HUKUM WANITA MEMAKAI WANGIAN ATAU PERFIUM

HUKUM WANITA MEMAKAI WANGIAN ATAU PERFIUM

Pelbagai ulamak telah berijtihad dan memutuskan hukum tentang pemakaian bau-bauan oleh wanita. Terdapat beberapa keadaan hukum tentang pemakain wangian antaranya, sunat, wajib., makruh dan haram. Berbeza pula dengan pemakaian wangian bagi kaum lelaki, hokum pemakaiannya sunat sepanjang masa kecuali jika terdapat keterangan yang menghukum sebaliknya.

1. Waktu wajib wanita memakai wangian-wangian.

Hukum memakai wangian adalah wajib bagi wanita, iaitu ketika suami ada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami di waktu malam, hendaklah mereka terlebih dahulu memakai wangi-wangian dan jika selain daripada tujuan tersebut maka tidak diwajibkan.

Nabi bersabda, maksudnya:

Sebaik-baik wanita(isteri) ialah jika kamu (suami) memandang kepadanya sentiasa menyenagkan hati kamu…

( An-Nasa’ie dari Abu Hurairah)

Maksud menyenangkan hati diertikan disini, ialah dalam semua segi. Dari segi akhlak, wajah dan dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami, semuanya termasuk perkara yang boleh menyenagkan suami. Tetapi untuk keluar rumah, wanita dilarang bahkan haram bersolek dan mengenakan bau-bauan.

Sebagaimana tersebut dalam kitab Muhimmah bahawa para wanita wajib berhias dan mengenakan wangian untuk suami tidak ada di rumah dan ketika hendak keluar rumah.

2. Waktu sunat memakai wangian.

- Ketika berada di dalam rumah, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan suami.

- Ketika hendak sembahyang dan beribadah di dalam rumah bukan di masjid. Kalau hendak ke masjid maka terdapat hadis yang melarang wanita memakai wangian.

- Ketika menyambut teatamu wanita, maka sunat memakai wangian kerana jika berkeadaan busuk kemungkinan boleh menyakiti perasaan tetamu.

Terdapat sabda nabi yang menjelaskan bahawa wanita juga digalakkan memakai wangian, tetapi tidak diwaktu yang dilarang.

Sabda nabi S.A.W : “ Wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangian wanita ialah yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya.”

3. Waktu makruh wanita memakai wangian.

Hukum berwangi-wangian ketika puasa adalah makruh. Ini telah disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan di dalam bab puasa. Kenyataan ini dipegang oleh Imam Syafie dan Qaliyubi bahawa makruh memakai wangian ketika puasa.

4. Waktu haram wanita memakai minyak wangi.

Diharam bagi wanita memakai wangian iaitu ketika keluar rumah, dihadapan lelaki bukan mahram, tujuan memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk sembahyang berjemaah. Sebagaimana sabda nabi S.A.W : “ Seorang wanita apabila memakai bauan,kkemudian keluar melalui di hadapan orang ramai dalam suatu majlis yang ada lelaki bukan mahram denganya, maka wanita tersebut dikira seperti orang yang melakikan zina.”

No comments:

Post a Comment