KENALI TOKOH2 WAHABI

ANTARA TOKOH2 WAHABI YANG PATUT DIJAUHI OLEH UMAT ISLAM..

Wahai saudara dan saudari, marilah kita sama2 memperjuangkan akidah yang dibawa oleh ulamak silam iaitu Akidah yang dibawa oleh Imam Assyaari dan Maturidi..Saudara dan saudariku sekalian,jangnlah biarkan diri kita jahil tentang akidah..kerana segala amalan yang kita buat maka akan menjadi sia2 belaka...Ajaran wahabi makin merebak dan meresap di pemikiran masyarakat dan kadang ada sesetengah orang kuat melawan wahabi tetapi tidak mengenal tokoh BESAR dalam wahabi...Kadang2 ada dalam sesetengah JEMAAH ISLAM banyak dipengaruhi wahabi..ada sesetengah pula, ingin menghapuskan wahabi tetapi TOKOH2 BESAR WAHABI tak kenal...kadang2 ada yang menyanjung dan memuji tokoh2 tersebut....

"JANGAN BIARKAN DIRI ANDA BERADA DALAM KEADAAN JAHIL DAN UNSUR2 WAHABI"

TOKOH PEJUANG WAHABI TIMUR TENGAH
  1. Nasr al-Din al-Baani
  2. Zuhair Syawisy
  3. Muhammad Nasib al-Rida’iy
  4. Mahmud Mahdi Istanbuli
  5. Hamud al-Tuwaijri
  6. Ibnu Baz (Abdullah bin Baz)
  7. Hamad al-Ansari
  8. Abu Bakar al-Jaza’iriy
  9. Soleh Uthaimin
  10. Soleh Fauzan
  11. Ibn al-Alusi (1202-1317)
    Abdul al-Rahman al-Mua’llimiy (1313-1386)
  12. Al-Qanuji : Sidq Hassan al-Khan
  13. Hamad bin Nasr bin Uthman al-Najdi
  14. Ahmad Ibrahim al-Najdi
  15. Jamaluddin al-Qasimi al-Dimasyqi
  16. Fathi Yakan
  17. Muhammad Khalil Harras al-Masri
  18. Abdul Razzaq Afifi Ahmad Syakir al-Masri
  19. Abdullah bin Sa’di al-Ghamidiy
  20. Muhammad Jamil Zainu
  21. Umar Sulaiman Asyqar
  22. Furaih bin Soleh al-Bahlul
  23. Salim al-Hilali
  24. Marwan al-Qaisi
  25. Abdul Qader al-Arnawuth
  26. Banyak lagi...................
TOKOH PEJUANG WAHABI DI.MALAYSIA
  1. Mohd Asri Zainal Abidin ( Mufti Perlis Muftary)
  2. Abdullah Yassin ( Banyak kali ditangkap oleh JAIS kerana sebar fahaman wahabi di Masjid)
  3. Rasul Dahri ( Wahabi pekat dari Singapore yang aktif di Johor)
  4. Fath Bari Bin Mat Jaya ( Mustashar-pendakwah wahabi tajaan khas Saudi di Malaysia)
  5. Hafiz Firdaus ( Bekas pemandu kapal terbang)
  6. Mazlee Malek (Pensyarah UIAM)
  7. Johari Mat ( Ketua Executive KIAS)
  8. Juanda Jaya ( Pendakwah bebas )
  9. Azwira (Pensyarah UKM)
  10. Zahazan ( Penceramah IKIM)
  11. Mahmood Zuhdiy Abdul Majid (pensyarah UM yang diupah untuk menulis pasal sumbangan Ibn Taymiyah)
  12. Najib (Pensyarah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri UM, dulu mengajar di KIAS)
  13. Abdul Basit Abd Rahman ( bekas pelajar Madinah sekarang mengajar di pondok Kelantan, ayah seorang alim pondok tapi anak…?)
  14. Radi ( pensyarah USM)
  15. Ariff Nazri (pensyarah UKM)
  16. Maulana (’ala za’mihi) Asri Yusoff ( aktif di Kelantan, beliau pernah belajar di Pakistan)
  17. Pertubuhan al-Nida’
  18. Institut Ibn Qayyim Jauziyyah ( Pulau Pinang)
  19. Al AHKAM ( laman web yang memecah belahkan umat )
  20. INSTITUT AL-KHADEM.
  21. Sekolah Qiblah
  22. Semua yang sealiran dengan mujassimah musyabbihah ibn taimiyah dan wahhabiyah.
  23. Banyak lagi...
ANAK-ANAK KECIL WAHABI..
  • Yaseer (asal dari bumi Sabah pelajar IRK tahun 4 di UIAM)
  • Izree( pelajar tahun tahun UIAM)
  • Abu Mohd Masri Usamah (pelajar ekonomi Tahun 3 di UIAM)mengatakan Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolany berakidah selain daripada akidah Rasul.


TOKOH PEJUANG YANG MELAWAN WAHABI
  1. DR.OSMAN ALMUHAMMADY
  2. AL-MARHUM TUAN GURU HJ ABDULLAH, Tok Guru Pondok Lubuk Tapah Kelantan.
  3. TUAN GURU HAJI HASYIM, Tok Guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
  4. SYEIKH USMAN JALALUDIN, Pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang Dalam Kitabnya : Matholi’ Al-Anwar.
  5. UST ZAMIHAN MAT ZIN ALGHARY. Antara karya tulisan beliau ialah Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian.
  6. MUFTI KERAJAAN JOHOR, ALLAH YARHAM AL’ALLAMAH DATO’ SAYYID ‘ALAWIY BIN THAHIR. Dalam karyanya yang berjudul : Fatwa Mufti Kerajaan Johor. Dalamnya beliau menamakan gerakan al_wahhabiyyah sebagai Khawarij yang memecahbelahkan umat.
  7. BEKAS MUFTI SABAH SAID HJ IBRAHIM, dalam kitabnya ; Perbandingan Agama dan Fahaman Umat Islam
  8. UST RAMLI (IMAM MASJID RAHIMAH,GREENWOOD).
  9. SYEIKH DAUD AL-FATHANY. Antara karya beliau ialah Jawhar al-Saniyyah
  10. TUAN GURU BABA DIR SEKAM,PATANI
  11. SYEIKH NURUDDIN AL BANJARY
  12. SYIEKH WAZIR (TUAN SYEIKH PONDOK MODEN, BACHOK KELANTAN)
  13. TUAN GURU BABA HAMID, KELANTAN
  14. TUAN GURU POK CIK DIN AL-KELANTANY ( TOK GURU PENULIS) .
  15. AL MARHUM TUAN GURU USTAZ AMER ALKELANTANY ( T) ( W 1429 H)
  16. TUAN GURU HJ DAUD HJ OMAR AL KELANTANY, BUKIT ABAL. Beliau Mentahzir Murid-Muridnya Supaya Menjauhi Kitab Ibn Taymiyah Dan Ibn Qayyim Al-Jauziah Dan Mengkafirkan Keduanya dalam banyak ceramahnya. Antara Karyanya Yang Masyhur Ialah Kitab : Risalah Al-‘Aqoid Wa Al-Fawaid. Dalam Kitab Ini Beliau Menghuraikan Dengan Cukup Jelas Cara Mentanzihkan Allah Taala Daripada Sifat Makhluk. Selepas Beliau Menyebut Allah Wujud Tanpa Bertempat, Beliau Mengkafirkan Sesiapa Yang Memberi Sifat Makhluk Bagi Allah Taala M/ 34 -37: “Barangsiapa Beri’tiqod Serupa Zat Allah (Tashbih) Taala Atau Sifatnya Atau Dengan Perbuatannya Maka Iaitu Jadi Kafir “.
  17. Tuan Guru Haji Abdullah Padang Pak Amat..beliau menyifatkan wahabi sebagai berakidah selain Allah dan Kafir...Dalam kuliahnya juga disebut bahawasanya orang yang mengkritik pembelajran sifat 20 maka ia adalah kafir..
  18. Tuan Guru Mahadi Al-fatani.(Imam Masjid Majidiah Wakaf Berangan)
  19. Baba Rosli Pondok Sungai Petai.
  20. PONDOK SRI PERMAI(TOK AYAH BARAT)
  21. PONDOK SAMBAL
  22. PONDOK MODEN BACHOK
  23. PONDOK LUBUK TAPAH
  24. PONDOK PASIR TUMBUH
  25. BANYAK LAGI...
Rujukan:

-Blog Abu Lehyah
-Blog Abu Syafiq
-Blog Ustaz Zamihan Mat Al-Ghari..
-Ustaz Mahadi..

APAKAH BEZA JANDA DAN DARA

Bagaimana untuk menentukan seorang wanita itu gadis atau janda mengikut hukum Syarak? Dalam kitab al-Mughni (Imam Ibnu Qudamah), dijelaskan seperti berikut;[1]
1. Menurut mazhab Imam Ahmad dan Syafi’ie; Janda ialah wanita yang telah disetubuhi di farajnya sama ada dengan persetubuhan yang halal atau yang haram. Namun Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat; wanita yang disetubuhi secara tidak halal, hukumnya masih hukum wanita gadis.
3. Jika selaput dara hilang kerana sebab lain dari jimak seperti kerana terjatuh, darah haid terlalu banyak atau kerana tusukan jari, kayu dan sebagainya maka hukumnya masih hukum dara/gadis.
4. Jika seorang wanita disetubuhi di duburnya, statusnya tidak berubah menjadi janda dan tidak tertakluk dengan hukum wanita janda kerana persetubuhan tidak berlaku pada farajnya.

Dalam kitab Kifayatul-Akhyar (kitab Fiqh mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Janda ialah wanita yang telah hilang selaput daranya melalui persetubuhan sama ada persetubuhan yang halal atau yang syubhah atau zina. Adapun jika hilang kerana terjatuh atau menusuknya dengan jari atau kerana kuatnya darah haid atau kerana lama membujang (tidak berkahwin), maka mengikut pandangan yang soheh; hukumnya masih seperti dara/gadis. Jika hilang selaput daranya kerana persetubuhan yang dipaksa atau disetubuhi ketika tidur atau wanita gila (yang disetubuhi), maka hukumnya seperti janda mengikut pandangan yang terkuat. Ada juga pandangan berkata; hukumnya masih seperti gadis. Jika seorang wanita dijadikan tanpa selaput dara, ia masih dianggap dara/gadis”
Merujuk kepada soalan saudara dapat kita simpulkan bahawa; mengikut pandangan mazhab Imam Ahmad dan Syafie; wanita yang pernah berzina, ia tidak lagi dianggap gadis. Maka kedudukannya sama seperti janda dalam masalah di atas iaitu wajib diminta keizinannya secara pengakuan mulut sebelum mengahwinkannya. Adapun mengikut pandangan mazhab Hanafi dan Maliki; ia masih lagi gadis kerana persetubuhan yang berlaku kepadanya bukanlah persetubuhan yang halal (yakni bukan persetubuhan melalui akad perkahwinan yang sah).

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah.
2. Kifayatul-Akhyar, Syeikh Taqiuddin al-Hisni.
3. Al-Fiqh al-Muyassar, Syeikh Ahmad ‘Isa ‘Asyur.
4. Fiqh al-Usrah al-Muslimah, Syeikh Hasan Ayyub

ISTILAH SUFI

Manhal ash-Shafi kupas istilah sufi

SYEIKH Daud bin 'Abdullah al-Fathani juga menulis mengenai tasawuf dari peringkat asas hingga ke tinggi. Perkara yang dibicarakan, termasuk dalam kategori tasawuf peringkat tinggi, dalam istilah akademik moden disebut "tasawuf falsafi".

Judul lengkap ialah Manhal ash-Shafi fi Bayan Ramzi Ahli ash-Shufi, tanpa dinyatakan tarikh penulisan. Ditinjau dari segi sebaran berupa cetakan kitab ini termasuk dalam klasifikasi kitab nadir (langka). Tetapi ditinjau dari sudut salinan manuskrip yang diperoleh jumlahnya cukup banyak.

Di antara sekian banyak salinan yang baik ialah yang dilakukan oleh Syeikh Wan Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dan Haji Muhammad Hasyim ibnu al-Haji Muhammad Yusuf Raman al-Fathani. Salinan Haji Muhammad Hasyim ibnu al-Haji Muhammad Yusuf Raman al-Fathani diselesaikan pada 4 Rejab 1306 H/1888 M. Dari seluruh manuskrip judul ini yang telah ditemui, khat yang mengandung seni yang tersendiri adalah manuskrip ini. Boleh dikatakan khat yang terindah.

Biodata mengenai penyalinnya dapat dirujuk tulisan saya dalam Jurnal Filologi Melayu, jilid 2, 1993, muka 54-55. Asal naskhah dimiliki oleh Ali bin Abdullah berasal dari Pulau Subi, Pulau Tujuh Kepulauan Riau. Beliau memperolehnya daripada penyalin naskhah di Makkah.

Selanjutnya naskhah dibawa pindah dari Makkah ke Pulau Subi, selanjutnya dibawa pindah ke Pulau Midai. Diserahkan oleh warisan pemilik kepada saya pada 1986. Manhal ash-Shafi pernah dicetak oleh Maktabah wa Mathba'ah Muhammad Nahdi, 24 Muharam 1373 (cetakan ketiga). Selain cetakan ini pernah dicetak oleh Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan manuskrip Manhal ash-Shafi dari versi salinan Syeikh Wan Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani diusahakan oleh Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1993, sekali gus telah ditransliterasi dari Melayu/Jawi kepada Latin/Rumi atas usaha saya sendiri.

Kandungan Manhal ash-Shafi ialah membicarakan tasawuf, terutama istilah dalam ilmu itu. Antara banyak istilah sufi dan takrifnya menurut Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani ringkasnya sebagai berikut: Al-Ittishal, maksudnya ‘berhubung-hubung’. Menurut an-Nuri bahawa ‘ittishal’ itu ialah ‘mukasyafah Qalbi’ dan ‘Musyahadah Sirr’.

Pendapat lain mengatakan bahawa seseorang hamba memandang yang lain daripada tuhannya, tetapi rahsianya tidak berhubung dengan lintasan bagi yang lainnya. Jadi masih Allah jua yang terlintas adanya.

Wushul ila Allah, maksudnya ‘sampai kepada Allah’. Iaitu sampai dengan erti kata mengenal-Nya. Bahawa tiada yang berbuat dan berlaku pada sekalian akuan ini, tiada yang mempunyai sifat, tiada yang maujud melainkan Allah.

Muraqabah, maksudnya ‘mengekalkan pengetahuan bahawa Allah melihatnya pada setiap kelakuannya’. Atau dikatakan juga erti ‘Muraqabah’ itu ‘seseorang hamba memfana'kan af'alnya, sifatnya dan zatnya, yang diingat hanyalah Allah.’

Musyahadah, maksudnya "melihat kepada tuhannya yang sebenarnya di dalam tiap-tiap zarrah daripada ‘zarratul wujud’ ini serta disunyikan daripada tiap-tiap yang tiada patut atas kebesaran-Nya.

Tajalli, maksudnya ‘yang dibukakan bagi hati seseorang Salik mengenai beberapa nur yang datang dari ‘Yang Ghaib’.

'Isyq, maksudnya ‘cita-cita hati untuk bertemu dengan Allah yang dikasihinya.’

Mahabbah, maksudnya ‘cenderung hati untuk mendapatkan keindahan hadhrat ar-Rabbani.’

Haal, maksudnya ‘sesuatu yang datang atas hati si Salik suka atau duka atau hebat. Jika ada dia silih berganti adanya dan hilangnya tanpa perbuatan dan usahanya maka dinamakan ‘Haal’. Jika kekal jadi kelakuannya dinamakan ‘Maqam.’ Bahawa ‘Haal’ itu pemberian dan ‘Maqam’ itu dengan usahanya.

Ath-Thamusu, maksudnya ‘hilang atau hapus sekalian tanda pada sekalian sifat Allah. Iaitulah satu bahagian daripada fana’ dirinya daripada dayaupaya kepada Allah Ta'ala."

Al-Jam'u, maksudnya ‘syuhud akan sekalian perkara dengan Allah Ta'ala." Jam'u al-jam'i, maksudnya ‘memfana'kan dirinya dan segala akuan, tiada yang ada melainkan Allah, iaitu yang dinamakan ‘Martabat Ahadiyah’.

Al-Gharaq al-Awwal, maksudnya ‘hal si Salik melihat makhluk adalah terdinding dari al-Haq, tiadalah dia melihat melainkan makhluk jua." Al-Gharaq ats-Tsani, maksudnya "hal orang yang ‘Muntahi’, iaitu melihat makhluk berdiri dengan ‘Haq’ dan dia melihat ‘Wahdah fi al-katsrah’ dan dia melihat pula akan ‘katsraf fi al-Wahdah’ tiada mendinding salah satu dengan yang lainnya".

Demikianlah sedikit petikan sebagai contoh takrif istilah tasawuf dalam ‘Manhal ash-Shafi’ karya Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani.

Syeikh Said Hawwa


TOKOH - Syeikh Said HawwaSyeikh Sa’id Hawwa tidak asing lagi bagi para pencinta gerakan Islam. Beliau merupakan ulamak dan tokoh dalam gerakan Ikhwan Muslimin. Nama penuh beliau ialah Sa’id bin Muhammad Daib Hawwa. Dilahirkan di kota Hamat, Syria pada tahun 1935. Penglibatan beliau dengan Ikhwan bermula sejak tahun 1952 iaitu ketika ia masih di Tahun Satu Sekolah Menengah. Pada tahun 1963 beliau tamat belajar di Universiti Syria. Di antara guru beliau ialah Syeikh Muhammad al-Hamid, Syeikh Muhammad al-Hasyimi, Syeikh Dr. Mustafa as-Siba’ie, Dr. Mustafa az-Zarqa dan ramai lagi.

Pada tahun 1973, beliau telah dipenjara selama lima tahun oleh pemerintah Syria (iaitu hingga tahun 1978) dan semasa dalam tempoh penjara itu beliau menulis tafsirnya yang terkenal iaitu Al-Asas fi at-Tafsir sebanyak 11 jilid. Syeikh Sa’id Hawa telah menghasilkan banyak karya penulisan yang menjadi rujukan kaum muslimin khususnya aktivis-aktivis Harakah Islamiyyah. Antara karya beliau ialah;
1. Allah Jalla Jalaluhu
2. Ar-Rasul
3. Al-Islam
4. Al-Asas Fi As-Sunnah (as-Seerah, al-‘Aqaid dan al-‘Ibadat)
5. Tarbiyatuna ar-Ruhiyah
6. Jundullah Saqafatan Wa Akhlaqan
7. Fi Afaqi at-Ta’alim
8. Fusul Fi al-Imrati Wa al-Amir
9. Hazihi Tajribati Hazihi Syahadati
10. Al-Mustakhlas Fi Tazkiyati al-Anfus

Antara sifat peribadi Syeikh S’aid Hawa yang menyebabkan beliau disegani kawan-rakan serta ulamak-ulamak sezaman dengannya ialah kezuhudan dan kewarakannya. Ustaz Zuhair asy-Syawisy dalam tulisannya tentang Sa’id Hawwa dalam harian al-Liwa’ yang diterbitkan di Jordan telah menceritakan; “….Saya pernah mengunjunginya di al-Ahsa’ ketika ia menjadi pengajar di al-Ma’had al-‘Ilmi. Saya tidak menemukan perabot di rumahnya kecuali sesuatu yang dapat memenuhi keperluan seorang yang hidup sederhana. Juga tidak saya temukan pakaian yang layak dipakai oleh ulama’ dan pengajar di negeri yang panas itu. Baju jubah yang dipakainya dari buatan Hamat yang kasar. Saya terus mendesaknya hingga ia mahu memakai beberapa pakaian putih dan ‘aba’ah (baju luaran) yang layak bagi orang seperti dirinya, tetapi ia mensyaratkan agar tidak terlalu longgar. Sedangkan makanannya, tidak lebih baik dari pakaian dan perabot rumahnya. Termasuk dalam kategori ini adalah sikapnya yang ‘mudah’ kepada orang-orang yang menerbitkan buku-bukunya baik yang telah mendapatkan izinnya atau tidak. Buku-bukunya telah dicetak berulang-ulang -dengan cara halal dan haram-, tetapi saya tidak pernah mendengar ia mempersoalkan hal tersebut. Ini termasuk sebahagian dari zuhudnya. Sesungguhnya akhlaq dan toleransi Sa’id Hawwa ini merupakan kebanggan dan teladan bagi orang lain. Inilah kesaksian yang dapat saya sampaikan.” (al-Liwa’, edisi 15/3/1989) Pada tahun 1987 M beliau diserang penyakit lumpuh di sebahagian badannya disamping penyakit-penyakit lainnya hingga terpaksa mengasingkan diri dari orang ramai dan kemudiannya dimasukkan ke hospital. Pada hari Kamis tanggal 9 Mac 1989, Syeikh Sa’id Hawwa kembali ke rahmatullah di Hospital Islam Amman, Jordan. Semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang tinggi di dalam syurgaNya bersama para Nabi, para Siddiqin, Syuhadak dan Solihin
.

Pesan buat penyokong Hassan Al-banna& ikhwanumuslimin




Ramai yang memperjuangkan semangat yang dibawa oleh Hassan Albanna..dan ramai juga yang memburukkan nama baik hassan al-banna katanya, beliau adalah wahabi..tetapi sedarkah anda wahai geng2 wahabi, bahawa hassan al-banna adalah ahlisunnah waljamaah dan bukan wahabi..untuk membuktikanya, saya akan mengutarakan pendapat beliau tentang ayat quran yang mutasyabihat yang saya rujuk daripada abusyafiq,blogspot.com....:

IMAM HASAN AL-BANNA TERANGKAN MENGENAI AYAT MUTASYABIHAT




Berkata Imam Hasan Al-Banna selepas menyatakan ayat 5 surah Toha:
Menyanggah dan menolak mereka yang mendakwa kononnya berpegang secara zahir ayat Quran dan Hadith mustasyabihat secara zahir merupakan mazhab As-Salaf.
Sebenarnya ringkasan daripada dakwaan palsu itu merupakan Tajsim iaitu menjisimkan Allah dan Tasybih iaitu menyamakan Allah dengan makhluk, kerana zahir lafaz tersebut adalah apa yang telah diletakkan makna baginya.
Maka tiada makna ‘Tangan’ secara hakikat zahirnya kecuali anggota badan dan begitu juga selainnya.
Manakala mazhab As-Salaf tulen tidak berpegang secara zahir pada ayat dan hadith tersebut”.
Rujuk scan kitab di atas, dipetik dari Majmuk Rasail Imam As-Syahid Hasan Al-Banna pada kitab Al-Aqoid m/s 415.

Dinyatakan oleh Imam Hasan AL-Banna lagi: “ Sesungguhnya ulama As-Salaf tulen dan ulama Al-Khalaf bersepakat tidak berpegang secara zahir ”.
Rujuk scan kitab di atas, m/s 418.


Kesimpulanya,maka bolehlah kita simpulkan bahawa Imam Hassan adalah Ahlisunnah Waljamaah dan bukan wahabi SEPERTI YANG DIWARKAN2 OLEH RASUL DAHRI....jadi JAGN dok jadi bangga sangat ye.....kalu nak tahu lebih lanjut boleh rujuk blog:Ustaz Abu Syafiq ( Tel Hp 012-2850578 )

JAUHI FITNAH FAHAMAN WAHABI

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

AQIDAH

1.Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori
(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yad sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai "surah" atau rupa [Terbaru]
x. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat
xi. Sebahagian golongan Mujassimah menyatakan bahawa Allah (Rujuk Kitab Ibthal al-Ta'wilat oleh Abu Ya'la al-Farra'): [Terbaru]

* mempunyai gusi (اللثة) dan gigi gerham (الأضراس) [Terbaru]
* akan "duduk" bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash [Terbaru]
* mempunyai mulut (الفم) [Terbaru]

2.Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah.
3.Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5.Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6.Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7.Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8.Berselindung di sebalik mazhab Salaf
9.Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashawiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah
10.Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
11.Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri
12.Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
13.Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
15.Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16.Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17.Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18.Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19.Memandang remeh karamah para awliya’
20. Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.
21. Mengharamkan mengucap "radiallahu anha" bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna Aminah [Terbaru]

SIKAP


1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal)


ULUM HADIS


1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.


ULUM QURAN


1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil)


FIQH


1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai ta’sub mazhab
9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas

13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman


Najis
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah

2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir [Terbaru]


Wudhu’
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.


Azan
1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak


Solat
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah
3. Berdiri secara terkangkang
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat


Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih


Pengurusan Jenazah dan Qubur
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah


Munakahat
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)


Majlis Sambutan Beramai-ramai
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.

Haji dan Umrah
1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu [Terbaru].
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Terbaru].
3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia [Terbaru].


PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab
d. Sheik Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Soleh Ibn Uthaimin
g. Sheikh Soleh Fawzan al-Fawzan
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”


PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM


1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.


TASAWWUF DAN TAREQAT


1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat

TENGGELAM DALAM LAUTAN KEBESARAN DAN KEAGUNGAN-NYA

RUHUL ZIKRI-BAHAGIAN PERTAMA

kata2Syeikh Mahmud al-Kedahi

Petikan dari Buku Ruhul Zikri Jilid yang pertama ini mengandungi sebahagian dari kata-kata sufi Syeikh Mahmud al-Kedahi, pengasas Madrasah Nurul Iman yang dipetik daripada syarahan mahupun nasihat beliau kepada murid-muridnya. Kata-kata sufi yang diungkap oleh Syeikh Mahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagian daripada kata-kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung mengikut fahaman orang awam.

Mutiara kata yang indah dan bermakna ini juga diharap dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah dapat menangkis tuduhan-tuduhan liar selama ini terhadap ilmu Tasauf. Semoga petikan dari Ruhul Zikri ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa dan mendorong hati untuk menjadi hamba Allah yang sehamba-hambaNya di duniaNya ini, Insya Allah.

1. Perkara kerohanian tidak boleh difaham dengan aqal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu, sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Sheikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

2. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal-awal lagi syaitan tipu.

3. Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu. Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikkan lebih pahit daripada hempedu dan lebih busuk daripada budu.

4. Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita tak terpakai (tak berguna dan banyak dosa), lebih senang, mudah-mudahan Allah S.W.T. ampun dosa kita.

5. Bila ibadat kita palsu, kita ikut hawa nafsu. Seperti kapal terbang palsu yang banyak jual di kedai.

6. Selagi mana kita boleh ikut hawa nafsu menunjukkan kita masih palsu.

7. Cari jalan mengendalikan ummah asalkan mempraktikkan Sunnah.

8. Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah (keturunan) kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinan (khadam). Banyakkan selawat, istighfar, zikir dan baik adab dengan Allah S.W.T., zuhud, tinggalkan makhluk, bersungguh-sungguh dengan Allah S.W.T., istiqomah, tegas, tiada tujuan dunia dan akhirat.

9. Selagi mana terasa kita banyak ibadat, itu tanda kurang ikhlas tidak menuju “Rodhiah” tetapi terhenti kepada Abid tidak fana’ ‘ul-fana’.

10. Perkara kerohanian tidak boleh difaham melainkan rahmat Allah S.W.T. melalui Rasulullah SAW, melalui ahli zaman dan dengan bermunajat kepada Allah S.W.T. Kalau kenal dengan cerita-cerita orang (perasaan kita tidak sah).

11. Kalau tak senang dengan sesuatu – DIAM!

12. Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah S.W.T. Semoga jadi hamba Allah S.W.T.

13. Kerja dunia boleh tangguh-tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh-tangguh.

14. Watak Aulia – kena maki tak mudarat, kena puji tak manfaat.

15. Kenal Allah S.W.T. lebih mudah daripada kenal para wali, kerana mereka Allah S.W.T. pakaikan dengan sifat kekurangan. Sebagai mana kafir musyirikin tidak mengenal Rasulullah S.A.W. (walhal Rasulullah, Allah S.W.T. pakaikan baginda dengan penuh sifat-sifat kesempurnaan).

16. Hendak kenal wali tanyalah Allah S.W.T., jangan tanya orang.

17. Para wali tidak boleh dikenal dengan hawa nafsu.

18. Saya berdoa kepada Allah S.W.T. nak jadi hamba Allah S.W.T., bukan nak jadi wali.

19. Buat ibadat nak jadi wali – syirik!

20. Allah S.W.T. tak pilih orang malas jadi wali.

21. Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan.

22. Orang yang sebenar cinta Allah S.W.T. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.

23. Saya nak bawa kamu jadi hamba Allah S.W.T.

24. Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak ajar kamu menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah S.W.T. yang bertaqwa.

25. Saya hamba Allah S.W.T. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang Allah S.W.T. bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.

26. Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia nak atur Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia.

27. Taslim (penyerahan). Nak pun tidak, tak nak pun tidak. Cepat pun tidak, lambat pun tidak.

28. Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, aulia atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali dengan orang soleh ini cerita kartun.

29. Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk Syurga, dengan nabi Musa a.s. dan Harun a.s. Logik tak?

30. Tak guna hidup kalau mementingkan diri sendiri sahaja.

31. Uwais Al-Qarni, jasadnya mengembala unta, rohnya mengembala manusia beriman kepada Allah S.W.T.

32. Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu amarah kemudian berdoa dengan Tuhan. Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah S.W.T. jadikan nafsu Amarah supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.

33. Cara cuci hati. Banyakkan baca Al-Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci, barulah ada tauhid.

34. Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak isteri saya dulu, tetapi ia adalah anugerah Tuhan.

35. Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis).

36. Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka jadilah kera.

37. Tuhan tidak bagi taufik hidayah pada orang yang zalim. Sebesar-besar kezaliman ialah mengikut hawa nafsu.

38. Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan yang dibuat. Banyak tumpuannya, banyaklah kejayaannya, kurang tumpuannya, maka kuranglah kejayaannya.

39. Matlamat saya bukannya batu, kayu (bangunan) dan ramai orang, tetapi saya nak orang yang bersungguh mengikuti garisan syariat dan Thoriq.

40. Saya mengajar ilmu para wali bukannya tok sami!

41. Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat ibadat nak fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.

42. Saya kagum dengan ketahanan yang ada pada Hallaj, orang korek mata, kerat tangan dia, dia tidak rasa sakit.

43. Nasihat hanya boleh diberi sebelum nyawa di halqum (garghorah). Selepas garghorah tidak ada gunanya lagi.

44. Kesufian bukan boleh di dapati dengan seminar dan pena. Kesufian boleh di dapati dengan zuhud dan yakin.

45. Kekufuran tidak boleh menghilangkan kekufuran. Hanya keRasulan, kenabian dan kewalian sahaja yang boleh menghilangkan kekufuran.

46. Hanya ketaqwaan yang tinggi sahaja yang boleh menundukkan kesombongan, kekufuran dan kesyirikkan sebagai mana Ibrahim Khalilullah menghancurkan kerajaan Namrud.

47. Jangan buat ibadat pura-pura, nanti jadi kura-kura.

48. Kamu jangan biadap dengan Allah S.W.T.

49. Kamu jangan jadi seperti kerengga, dia duduk di pokok buah-buahan tetapi tak makan buah, bila ada manusia nak ambil buah dia pun kacau (marah).

50. Saya berjalan tidak kisahkan orang. Jangan kacau orang. Orang kacau kita, tidak mengapa.

51. Maksud Al Quran “Hendaklah kamu berzikir banyak, mudah-mudahan kamu semua mendapat kejayaan” (Surah Al Jumaah Ayat 10). Allah S.W.T. tidak bagi tahu banyak mana, sekurang-kurang banyak ialah sampai Mutmainnah.”

52. Selagi belum Mutmainnah, selama itu punah ranah.

53. “Ada yang lain lagikah? Tak ada lagi dah. Mari kita pakat duduk di atas Laila haillallah”. Tok Ayah Said r.a.

54. Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”. Oleh itu supaya kita, tidak menjadi tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”.

55. Ulama’ terhijab dengan ilmunya, ‘abid terhijab dengan ibadahnya, zahid terhijab dengan zuhudnya dan soleh terhijab dengan kesolehannya. Ini semuanya dinamakan hijab nurani.

56. Bila mata kita muafakat dengan syariat, telinga kita muafakat dengan syariat, fikiran kita muafakat dengan syariat, tangan kita muafakat dengan syariat, namanya bersungguh-sungguh.

57. Sekiranya apa yang saya anjurkan, sampaikan atau yang saya lakukan ini tidak muafakat dengan garisan Al-Quran dan Sunnah tolong jangan pakai. Saya menerima setiap kritikan yang membina.

58. Matlamat kita ialah keimanan dan ketaqwaan dan menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam segenap aspek.

59. Kita tidak menentang sains dan teknologi kerana ia adalah rahmat Allah S.W.T. tetapi kita menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam sains dan teknologi.

60. Saya berdoa kepada Allah S.W.T. “Ya Allah, hamba mu ini tak pandai nak memanggil (menyeru) berdakwah macam orang lain. Jadi Engkau hantarlah mereka-mereka yang Engkau Kehendakki dan Rahmati ke sini, sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. di perintah oleh Allah S.W.T. menyeru manusia datang ke rumahnya (Baitullah).

61. “Buat kerana Allah – Mahmud!” Nasihat Tuan Guru Haji Hussin Dol r.a. kepada saya.

62. Perjalanan saya muafakat dengan perjalanan Maulana Ilyas r.a. (Pengasas Jemaah Tabligh, Ahli Zaman Abad 14 hijrah) dari segi menghancur hati kepada Allah S.W.T. cuma caranya berbeza tetapi matlamatnya sama. Seperti nelayan nak menjadi jutawan, tauke kilang nak jadi jutawan, peladang nak jadi jutawan. Walaupun caranya berbeza tetapi matlamat mereka sama, nak jadi jutawan!

63. Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tusyen lagi. Tapi kenapa dengan halqah zikir kamu tak boleh buat?

64. Sebenarnya kita kena asuh perkara ini (jalan orang-orang muqarrabin) daripada awal lagi kerana semua wali Allah S.W.T. yang besar mula daripada kecil.

65. Punca-punca kehancuran umat Islam hari ini tidak ada lain iaitu ananiah ikut nafsu.

66. Bukan orang lain dan unsur-unsur lain merosakkan kamu tetapi nafsu kamulah yang merosakkkan kamu sendiri.

67. Air mata takut Allah S.W.T. tak sama dengan air mata lembu. Macamana air mata lembu? Bila dia lapar dia menangis, bila dia sakit dia menangis, bila anak dia mati dia menangis. Macam itulah air mata orang tidak takut Allah S.W.T.

68. Menurut hadis, setitik air mata orang yang takut Allah S.W.T. boleh memadamkan api neraka. Apatah lagi api dunia dan bom atom, bom nuklear – kalau dibandingkan dengan api neraka! Sebab itulah Ibllis dan konco-konconya mencari jalan untuk memupuskan jalan-jalan orang yang takut Allah.

69. Allah S.W.T. menceritakan di dalam Al-Quran “Sesungguhnya zikrullah itu Maha Besar, Maha Agung” (Surah Al Ankabut Ayat 45). Maknanya zikrullah itu lebih hebat daripada bom atom. Pasal inilah Yahudi dan konco-konconya menghalang orang berzikir dan halqah zikir.

70. Kalau beramal nak dunia, nak hebat, nak kebal dan bermacam-macam lagi samalah dengan Iblis. Iblis berdoa (meminta kebolehan atau kehebatan) kepada Allah nak menyesatkan manusia.

71. Serban putih dan jubah putih senang di beli, yang tiada dijual perut yang bersih walaupun hendak di beli dari wali Allah bahkan dari Rasulullah kerana taufiq dan hidayah di tangan Allah.

72. Hari ini ramai orang membicarakan karomah para aulia, karomah Sultan ‘Aulia Sheikh Abdul Qadir Al Jilani tetapi kenapa tidak mengkaji cara-cara dan punca-punca hendak mendapat karomah.

73. Saya menceritakan perjalanan muqarrabin. Oleh itu janganlah kamu menghukum (membuat andaian) di atas pandangan orang-orang hasanah. Kerana kebaikkan orang-orang hasanah adalah kekejian bagi orang muqarrabin.

74. Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia yang dah mati seperti Ibnu Arabi, Al Ghazali, Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu mencari para aulia yang hidup di zaman kita ini? Seolah-olahnya mereka mahu aulia yang dah mati itu hidup semula, lebih baik minta Rasullah S.A.W. hidup balik untuk membimbing kita, kerana baginda Saiyidul Mursalin – ini lebih afdal!

75. Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajud tak boleh beli.

76. Berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan Sunnah Rasullallah.

77. Orang kafir yang makan ular, bisa ular tidak menjejaskan mereka kerana dalam badan mereka ada sel-sel darah ular. Kita orang Islam tak makan ular, kemudian kita tak buat perkara yang lebih bisa dari bisa ular (zikir, istighfar dan selawat).

78. Bila (iman) kita lemah, maka orang-orang yang lebih lemah daripada kita akan mengambil kesempatan daripada kelemahan kita. Jalan penyelesaiannya, dengan kita memperbaikki diri kita.

79. Allah S.W.T. tak terima doa orang yang mengikut nafsu Ammarah.

80. Maafkan segala kesalahan orang-orang yang membuat kesalahan dengan kita walaupun mereka tidak memohon maaf.

81. Orang yang tak berani menghadapi ujian, itu orang bodoh. Kalau tak ada ombak yang besar macam mana orang yang main luncur ombak hendak rasa keseronokkan bermain ombak.

82. Kalaulah binatang buas boleh di latih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkes dilatih untuk membuat pertunjukkan (boleh dijinakkan), apatah lagi manusia kerana Allah berfirman “Walhal mereka seindah-indah makhluk Allah” (Surah Tin Ayat 4).

83. Jadilah hamba Allah, buatlah kerana Allah, MasyaAllah!

84. Jikalau kulit saya kamu salin ke tubuh kamu, darah saya kamu tukar ke dalam jasad kamu, daging dan tulang saya kamu pakai sekalipun! Kamu tak akan dapat sebagaimana saya dapat sekiranya kamu tak bersungguh – sebagaimana saya bersungguh-sungguh dengan Allah.

85. Bukan nak (zikir dengan suara) kuat, bukan perlahan. Matlamat kita hancur hati dengan Allah tetapi kebiasaanya nak hancurkan batu gunung untuk buat jalan kena gunakan bahan letupan. Kemudian batu tadi di masukkan di dalam masing penghancur, tentulah proses ini mengeluarkan bunyi yang kuat. Apatah hati manusia lebih keras dari batu.

86. Saya tak bimbang anak-anak saya tak makan kerana rezeki, Allah sudah jamin. Yang saya bimbang anak-anak saya tak ada iman.

87. Saya tak setuju dengan orang-orang yang hanya bercerita tentang datuk nenek mereka orang hebat, orang soleh dan tok wali. Dia tu macam mana? Sepatutnya dia boleh lebih (dapat) lagi, atau pun sekurang-kurangnya dapat sama macam datuk nenek mereka. Kalau guru buat matan, murid buat syarah. Ini tidak – masuk hutan! (tak terpakai).

88. Fahaman Wahabi ialah fahaman yang berpegang kuat dengan zohir syariat. Mereka tidak terbuka rahsia syariat. Jika kita berpegang kuat denga syariat dan hakikat, mereka tak boleh makan kita.

89. Kalaulah anjing yang mengikut pemuda Ashabul Kahfi, Allah masukkan ke dalam syurga. Apatah manusia yang bersungguh-sungguh mengikuti perjalanan Ahlullah. Ada orang yang menulis nama-nama mereka (Ashabul Kahfi) untuk dibuat azimat sahaja. Ini saya tak setuju, sepatutnya kita kena ikut langkah mereka untuk menyelamatkan iman. Kita pun akan sama dapat kekuatan macam mana yang Allah anugerahkan kepada mereka.

90. Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah – kamu tak pandai?

91. Duduklah tang manapun, di parit longkang, di dalam istana, di atas, di bawah, di tepi, di tengah, di laut atau di darat. Matlamat kita ialah kehambaan.

92. Pohonlah kepada Allah untuk berjumpa dengan guru yang boleh membimbing kamu ke jalan Allah.

93. Di dalam perjalanan Ahlullah, baka keturunan adalah salah satu perkara yang sangat penting. Sebab itulah Rasullullah S.A.W. suruh memilih perempuan yang beragama untuk dijadikan isteri.

94. Untuk menyucikan darah-darah keturunan yang tak terpakai, darah kejinnan, darah kekufuran dan kesyirikan. Hendaklah menghabiskan selawat sebanyak 5.6 juta.

95. Kalau kita tak larat nak berjalan, jadilah tangga untuk orang-orang yang nak berjalan.

96. Sesetengah orang seronok membaca dan mendengar keromah Syaikh Abdul Kadir Al Jilani. Nasihat Syaikh Abdul Kadir Al Jilani dia tak baca! Bacalah nasihat Syaikh Abdul Kadir Al Jilani, Fathul Ghaib dan Fathur Rabbani.

97. Ada dua jalan manusia menuju Allah S.W.T:

·

    • Jalan Nubuwwah
      Jalan Nubuwwah bermula sejak Nabi Adam a.s hingga Nabi Muhammad S.A.W. Jangka masa ini tidak diketahui oleh sebarang manusia, kecuali Allah S.W.T sahaja. Inilah jangka masa manusia mencapai Allah S.W.T , di mana wahyu sentiasa di turunkan. Zaman Nubuwwah ini telah berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan bermula lagi.

·

    • Zaman Wilayat (kewalian)
      Zaman wilayat di mana para aulia menunjukkan manusia jalan kepada Allah S.W.T sehingga akhir zaman. Bila zaman Nubuwwah berakhir, maka dari situ zaman wilayat bermula. Wilayat bermula dengan para-para sahabat, diikuti oleh para tabien yang berlandaskan hadis Akbaru Tabik, Uwais Al Qarni. Jalan ini berterusan hingga Syaikh Abdul Kadir Al Jilani pada abad ke 5 Hijrah di mana mahkota wilayat telah di anugerahkan kepada beliau. Zaman wilayat ini bermula dari zaman sahabat hingga ke zaman Saiyidina Muhammad Al Mahdi. Semua aulia di dalam dunia ini mencapai Allah melalui warasatul aulia (bimbingan para aulia).

98. Allah S.W.T membimbing mereka melalui syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Pancaran nur kalimah ‘La ila haillallah’ yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sentiasa dikawal dan diperlihara oleh para aulia supaya memancar dan bersinar.

99. Saya kalungkan mutiara di leher anjing, mudah-mudahan ia menjadi kambing.

100. Sembahyang 5 waktu di wajibkan pada tahun ke 10 daripada kenabian dan kerasulan. Sebelum itu Rasulullah menyuruh para sahabat menguatkan iman dengan banyak menyebut ‘La ilaha illallah’.

101. Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh masyarakat tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, dia seorang yang mulia dan cerdik. Beliau tidak tunduk kepada kekufuran dan kesyirikkan walaupun jasadnya disiksa. Di hari ini, kita ada ramai golongan cerdik pandai, ada pensyarah, ada jurutera, ada doktor, ada ulama; tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, kita jauh ke belakang dan lebih bodoh daripada Bilal r.a.

102. Kamu jangan sangka, kamu ikut saya, duduk majlis saya, sembahyang belakang saya, kamu dah dapat masuk syurga. Saya pun belum tentu lagi Allah nak letak di mana, di syurga atau neraka!

103. 001 (zero, zero, one) ini nombor kod Ahlullah. Kosong dunia, kosong akhirat, hanya Allah yang Esa.

104. Bergaul dengan jutawan berasa nak manfaat dari mereka. Syirik! Tengok benda seronok, berasa seronok. Syirik dengan ‘seronok’. Duduk dengan orang jahat dan ganas, berasa takut dia kacau kita. Syirik dengan ‘takut’ pula. Bila tengok perkara yang tak elok dan tak berkenan, tak nak dan tak mahu pula. ‘Syirik dengan tak nak’. Tengok perkara yang berkenan dan menawan berasa nak. Syirik dengan ‘nak’ pula.

105. Kalau kereta rosak ada tukang yang akan baikinya. Kalau orang rosak siapa yang nak baiki?

106. Jadilah hamba Allah sehamba-hambanya. Kalau orang bertanya siapa yang paling banyak dosa? Angkatlah tangan!

107. Berdoalah kepada Allah supaya buta mata daripada melihat perkara yang dilarang. Pekak telinga daripada mendengar perkara yang di larang. Bisu mulut daripada bercakap perkara yang ditegah. Batukan anggota daripada melakukan perkara yang Allah larang.

108. Orang munafiq di zaman ini tak senang dengan pakaian sunnah.

109. La hau la wala quwwata illa billah. Cakap senang ,nak duduk di atas garisannya payah.

110. Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila bebas daripada belenggu hawa nafsu.

111. Orang Melayu terhijab dengan bahasa Melayunya, orang India terhijab dengan bahasa Tamilnya. Orang Cina terhijab dengan bahasa Cinanya. Orang Jawa terhijab dengan bahasa Jawanya. Orang “ARAB” pun terhijab dengan bahasa Arabnya.

112. Perkara yang kita tak tahu tidak semestinya perkara tersebut tak betul.

113. Orang yang loyar buruk dengan ALLAH ialah orang yang loyar buruk dengan Aulia Allah.

114. Bala yang Allah kenakan kepada kita adalah setimpal dengan amal perbuatan kita.

115. Bila kita buat kebajikan. Pandanglah, bahawa itu semuanya anugerah dan rahmat Allah. Kalau buat perkara yang tak berbetulan dengan jalan keridhoannya janganlah disandarkan kepada Allah. Salahkan nafsu kita sendiri. Ini tidak! Bila buat kebajikan kita rasa ada “share” dengan tuhan. Bila buat maksiat dikatakan pula ini qodho tuhan. Inilah puncanya manusia tak sampai tuhan dan semakin jauh daripada “rahmatNya”. Tidak lain kerana biadabnya kita!

116. Guru saya pesan. “Mahmud! Janganlah ajar adab nanti mereka biadab. Ajarlah mereka beribadat sehingga mereka beradab!”

117. Apabila tidak senang dengan aturcara “perjalanan Ahlullah” itu tandanya ada darah kejinnan mengalir di dalam jasad. Untuk menghilangkannya hanyalah “Fana’-fi-syaikh” (ikut segala aturan guru). Guru yang ikhlas tidak akan membawa muridnya masuk “neraka”.

118. Para Aulia tidak menyembunyikan “Ilmu”. Orang dunialah yang menyembunyikan ilmu. Kerana ada kepentingan dan tak ikhlas. Mereka takut anak murid mereka lebih bijak! Bersalahan dengan aulia’, mereka mahu murid-murid mereka lebih cemerlang dan berjaya.

119. Bila buat sesuatu ikut hawa nafsu maka akan timbullah penyesalan yang berpanjangan.

120. Benda dan perkara yang dah berlaku, jangan kata “Silap!” Tuhan buat “Tak silap”. Yang silapnya pasal kita “Ikut hawa nafsu!”

121. “Buat apa nak zikir (suara) kuat-kuat? Allah S.W.T. bukan pekak! Zikir perlahan pun Allah S.W.T. dengar”. Ini cakap orang yang tidak kenal tuhan, cakap orang kafir. Habis itu Allah S.W.T. jadikan petir yang berbunyi kuat itu, dia tidak dengar ke? Memang Allah S.W.T. tidak pekak tetapi yang pekak itu “nafsu”, dia tidak mahu dengar dan ikut perkara yang Allah S.W.T. redha. Itulah sebabnya disuruh berzikir dengan suara yang kuat. Memang berzikir dengan sirr lebih afdhol daripada zikir (suara) kuat. Tapi ini untuk orang yang dah sampai.

122. Selaku umat Rasulullah S.A.W. di abad 15 ini. Saya akan bersungguh-sungguh memperjuangkan dan mempertahankan perjalanan Ahlullah.

123. Bacalah diri sendiri (tengok keburukan sendiri). Jangan baca (tengok) keburukan orang lain.

124. Bereskan kekufuran dan kesyirikan di dalam diri kita dulu. Janganlah bersibuk dengan kekufuran dan kesyirikan di luar kita.

125. Dalam hadis Rasulullah S.A.W. menyatakan “bahawa para sahabat umpama bintang-bintang di langit”. Walaupun mereka berlainan bidang seperti bertani, berniaga, kaya, miskin, panglima, hamba abdi dan lain-lain tetapi mereka mempunyai satu rahsia dengan tuhan iaitu memilikki sifat “kehambaan”. Inilah perjalanan Ahlullah.

126. Gagahnya satu-satu zaman itu di sebabkan gagahnya para Aulia di zaman itu.

127. Air hujan yang turun dari langit “jernih”. Tapi bila sampai di bumi jadi keroh, kotor dan berwarna merah disebabkan tanah. Begitulah rahmat Allah yang turun dari langit, “suci”. Tapi perut (hati) kamu yang mengotorkan rahmat Allah itu. Kenapa air hujan yang turun di laut jernih? Sebab air laut jernih.

128. Sembahyang ada waktu. Zikrullah tidak ada waktu tertentu. Zikrullah kena sepanjang waktu. Semua para nabi dan rasul berzikir.

129. Selagi mana kita terasa reti. Selama itulah kita tak reti!

130. Terasa adanya “kita”. Itulah kesalahan yang besar.

131. Selagi terasa adanya kita. Selama itulah kita menderita.

132. Kita tak soal UMNO ka, PAS ka, ADIL ka. Kita akan berganding bahu dengan orang-orang yang sanggup berdiri, mengikuti aturcara kebangkitan (Islam).

133. Abad 15 (hijrah) ialah (abad) kebangkitan Islam.

134. Semua para aulia di dalam dunia sepakat mengharamkan rokok.

135. Satu batang rokok yg dihisap menjadi hijab dengan Allah selama 40 hari.

136. Serban, Jubah dan janggut lambang orang soleh.

137. Pakai baju, dulukan tangan kanan, buka baju dulukan tangan kiri. Pakai kain dulukan kaki kanan, tanggalkan kain, dulukan kaki kiri, pakai seluar duduk dulu dan mulakan dengan kaki kanan kemudian barulah berdiri, buka seluar dulukan kaki kiri. Nak pakai kasut/selipar dulukan kaki kanan nak buka, dulukan kaki kiri. Pakai kain tindihkan kanan di atas pihak kiri. Ni kamu tidak! pakai ikut “DAN!”. Tak ikut sunnah, ikut syaitan, tak ada zikrullah. Zikrullah tak masuk dalam badan lagi. Kamu ingat perkara ni kecik! Kalau perkara kecik tidak boleh nak jaga, macam mana nak jaga perkara yang lebih BESAR?

138. Buang atau cukur janggut, simpan misai. Macam Hindu – ikut Hindu. Rasulullah S.A.W. suruh panjangkan janggut, andamkan misai.

139. Semua nabi-nabi dan Rasul-Rasul a`laihimussalatu wassalam dibangkitkan oleh Allah S.W.T. untuk menguatkan iman dan takwa dahulu. Bila iman dan takwa dah kuat, barulah perkara-perkara lain akan ikut kuat. Ini tidak, nak kuat ekonomilah, kuatkan itulah, inilah. Nabi Adam a.s. mula-mula di turunkan ke bumi ini apa yang dibuat dulu? Baginda menangis takutkan Allah S.W.T. selama 40 tahun. Adakah beliau buat benda lain dulu?

140. Kenapa orang Islam yang dulu-dulu hebat dan kuat. Sebab mereka kuat berpegang dengan Allah S.W.T. dan Sunnah. Kita sekarang tidak, sebab itulah orang Islam sekarang lemah.

141. Kita jangan di perbudak-budakkan oleh budak-budak dunia.

142. Orang yang baik merasa dirinya jahat!

143. Orang yang jahat merasa dirinya baik!

144. Dalam bala ada nikmat. Dalam nikmat ada bala. Sebab itulah semua kekasih Allah di dalam penderitaan.

145. Bala ada 4 jenis:-

· Sirajun-lil-ariffin

· Penerang bagi orang arifbillah.

· Yaqozatun-lil-muridin

· Penyedar bagi orang yang hendak mengenal Allah.

· Islahun-lil-mukmin

· Membaikkan orang yang beriman.
Halaqun-lil-ghafilin
Membinasakan orang yang lalai pada Allah S.W.T.

146. Punca bohsia dihari ini (keruntuhan moral) ialah disebabkan suntikan yang diberi kepada bayi yang mengandungi hormon lembu/kuda. Apa kerja lembu/kuda? Jadi budak-budak ini ikut perangai lembu/kudalah! Yang ada hormon manusia sahaja pun, payah nak asuh apatah lagi yang ada hormon lembu/kuda. Inilah cara Yahudi/Nasrani untuk melemahkan orang Islam. Mereka tahu sekarang ini adalah masa kebangkitan Islam. Mereka bunuh sel-sel kesolehan yang terdapat dalam anak-anak orang Islam. Sebagaimana Firaun membunuh anak-anak bani Israel kerana takutkan Musa a.s.

147. Wajib taat kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. dan orang-orang yang “mengajak” kita taat kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.

148. Cara perubatan yang tak menggunakan dadah seperti akar kayu dan homeopati ini adalah lebih baik. Perubatan yang menggunakan dadah boleh merosakkan saraf kita. Itu yang menyebabkan payah masuk zikir jika saraf sudah rosak!

149. Saya buat kerja saya. Saya tak kesah orang nak marah ke atau suka!

150. Di jalan Allah S.W.T. tidak ada Mujadalah, Mubahasah, Munazaah dan Munakasyah (bertengkar, berdebat, berbahas). Yang ada di jalan Allah S.W.T. hanya amanu (beriman) dan wa a’milus solihah (dan beramal soleh).

151. Penyelewangan hadis. Betullah! Rasulullah S.A.W suruh tuntut ilmu sampai ke negeri China, tetapi masalahnya bila kita hantar penuntut kita ke China, mereka jadi China!, hantar ke Amerika jadi Amerika!, hantar ke England jadi England!. Pasal kita tidak beri mereka kekuatan (iman dan takwa) terlebih dahulu. Hadis ini Rasulullah S.A.W. menceritakan di mana dan pada bila? Pada masa iman para sahabat dah cukup kuat. Inilah penyelewengan hadis namanya.

152. Kalau perut dah kenyang macam-mana nak meratib?

153. Satu orang Tuan Guru (Sg. Pau Kedah) komen apa yang saya anjurkan. Saya bagi tahu dia, “Pak Cik! Kalau Mahmud buat ikut hati – mati. Ikut nafsu, lesu. Kalau Mahmud buat kerana Allah masyaAllah. Tengoklah nanti bagaimana Mahmud gila (majzub) ini memimpin manusia ke jalan Allah”.

154. Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik darah tidak terpakai, perlu berselawat sebanyak 100 kali. Bermakna untuk memproses setiap titik darah tersebut perlu berselawat sebanyak 5.6 juta.

155. Dalam perjalanan Ahlullah, selagi belum Mutmainnah dikira orang baru.Walau dah 30 tahun ikut tapi belum Mutmainnah di kira masih orang baru.

169. Cara-cara memohon guru mursyid.

· Selalu buat sembahyang hajat.

· Banyakkan membaca Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin (istighfar) dan selawat.

· Berdoa – “Ya Allah dengan berkat Rasulullah S.A.W. dan berkat para waliMu yang besar-besar. Pertemukan aku dengan orang yang kau kasih untuk membimbing hambamu yang daif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini semata-mata dengan rahmatMu sahaja. Ya Allah!”.