Bukti Mengenal Diri



Membahagiakan diri dengan ilmu tasawuf

Kalau ilmu kimia tidak terdapat dalam pengetahuan orang awam, bahkan hanya terdapat dalam dalam khazanah raja2 sahaja, maka begitulah juga ilmu membuat kebahagiaan(tasawuf) itu tidak terdapat melainkan dalam khazanah Allah Yang Maha Esa....Dilangit ilmu itu terdapat pada zat2 Malaikat dan dibumi ia didapati pada zat Wali2 Allah iaitu dihati2 mereka yang begitu arif dengan Allah... Orang yang mencari jalan kebahagian dengan Allah tanpa melalui petunjuk Nabi maka orang itu sudah tersalah jalan dan mungkin akan jatuh dalam bimbingan syaitan Laknatullah.......

Orang ini akan dipandang hina oleh masyarakat dan tidak akan dapat langsung Nur dan Musyahadah kepada Allah..Amalan yang mereka kerjakan selama ini menjadi sia2 ibarat debu berterbangan dan juga ibarat wang emas yang palsu..Dia menyangka dirinya sudah kaya raya sedangkan dia tidak menyedari bahawa dia akan menjadi papa di Hari Kiamat..Sebagaimana firman Allah ertinya"Apabila kami buka hakikat diri kamu yang sebenar, maka pandangan kamu pada hari kiamat akan terbeliak kerana terkejut"...

Setengah daripada rahmat Allah kepada manusia ialah dengan diutuskan kira2 124000 orang nabi dan rasul untuk mengajar manusia rahsia dan bagaimana mencari hakikat kebahagian dan jalan2 untuk bermujahadah....Mereka juga diutuskan kepada manusia untuk membersihkan hati manusia daripad yang perangai Syaitan dan Binatang buas dan rakus......sebagaimana Firman Allah:

" Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata."

Maksud ayat ini ialah menerangkan bahawa tugas Rasul2 dibangkitkan adalah untuk membersihkan jiwa2 manusia daripada perangai syaitaniah dan haiwaniah dan untuk menjadikan sifat2 Malaikat sebagai perhiasan dan pakaian manusia dalam melayari kehidupan manusia di Alam Musyahadah ini.....

Tujuan yang terbesar daripada pembelajaran ilmu membuat kebahagian (tasawuf) ialah untuk membuang sifat syaitaniah yang tercela dan memakai segala pakaian kesempurnaan yang menghiasi Malaikat...Maka hasil daripada itulah ibadat dan penyembahan seorang hamba kepada Allah akan diterima sebagaiman Firman Allah:
"Tumpukanlah ibadatmu kepada Allah dengan sepenuhnya"..........

No comments:

Post a Comment