Pondok Berangan

EArkib bagi Kategori ‘Pondok Berangan’

Pondok Tuan Guru Hj Yaakob Berangan, Tumpat
Tel. 09-7256052

Maklumat Pondok Berangan

DIkirim oleh epondok di Oktober 3, 2008

Sejarah Penubuhan

Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Hj Yaakob, Kampung Berangan telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Yaakob bin Ishak (Ayahanda YB Ustaz Hj Ahmad bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang) dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas

Dengan tertubuhnya Pondok Hj Yaakob, Kampung Berangan maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah setelah sekian lama daerah ini ketandusan pusat pengajian agama seumpama ini

Setelah al-Marhum Tuan Guru Hj Yaakob bin Ishak meninggal dunia maka pengajian pondok ini diteruskan oleh anak murid tuanya iaitu Tuan Guru Hj Muhammad bin Hj Ali sehingga kini

Objektif Penubuhan

  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
  2. Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
  3. Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
  4. Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
  5. Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
  6. Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
  7. Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
  8. Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan

Lokasi

Pondok Hj Yaakob Berangan terletak di Kg Berangan, Tumpat, Kelantan kira-kira 7 km dari Pusat Bandar Tumpat di atas sebidang tanah seluas 1 ekar lebih

Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Berangan, Pondok Malaysia | Leave a Comment »

Kemudahan Asas

DIkirim oleh epondok di Mei 9, 2008

Kemudahan asas

  1. Madrasah atau surau untuk berjemaah dan pengajian
  2. Pondok penginapan pelajar, kelamin dan warga tua
  3. Rumah guru
  4. Bangunan pejabat

Tenaga Pengajar

Terdapat 4 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu guru

Penghuni dan Pelajar Pondok

Jumlah penghuni pondok kini seramai 25 orang muslimin yang bujang disamping kelamin dan warga tua dengan jumlah hampir sama

Dikirim dalam Pondok Berangan | Leave a Comment »

Mudir Pondok Berangan Sekarang

DIkirim oleh epondok di Mei 9, 2008

Mudir Pondok Hj Yaakob Berangan

Nama : Tuan Guru Hj Mohammad bin Hj Ali

Pengajian :

a. Pondok Hj Yaakob Berangan mula 1957

b. Mekah dari 1963 – 1971

Antara gurunya

1. Tuan Guru Hj Yaakob Berangan

2. Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah

3. Tuan Guru Syeikh Daud Kelantani

4. Tuan Guru Syeikh Abdul Kadir Mandili

5. Tuan Guru Syeikh Mokhtar Afnam

6. Ku Jalil Indonesia

7. Hj daud Panji

8. Tuan Guru Hj Husin Surat Fatani

Bidang ilmu yang diajar

Semua kitab turath dalam bidang Aqidah, Feqah, tasawwuf, Tafsir, Hadis, Nahu, Soraf

Beliau turut mengajar di luar daripada kawasan pondok atas jemputan umum

No comments:

Post a Comment